TUARAN:Pusat Operasi Bencana Banjir telah dibuka sejak awal pagi ini bagi membantu penduduk yang terjejas banjir di daerah ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata arahan bagi membuka pusat operasi telah dikeluarkan beliau pada jam 5 pagi.
"Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah Tuaran untuk membuka pusat operasi pada jam 5 pagi tadi bagi membantu penduduk yang terjejas banjir.
"Selain itu anggota Polis dan Angkatan Pertahanan Awam turut dikerah bagi membantu penduduk dan mereka yang mengalami kesulitan akibat banjir ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Safar yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata buat masa ini hanya daerah Tuaran yang terjejas akibat banjir.
Kerajaan memantau dari semasa ke semasa jika terdapat daerah-daerah lain yang terjejas.
Sementara itu, menurut seorang guru SMK Usukan, Kota Belud, Jennifer Mursalin, 32, beliau tidak dapat meneruskan perjalanan ke sekolah berikutan paras air banjir yang meningkat sejak malam tadi.
"Pada jam 5.40 pagi, saya keluar rumah di Jalan Rugading, tetapi saya terpaksa berpatah balik.
"Paras air di jalan utama Kota Kinabalu - Tuaran tidak boleh dilalui kenderaan dan saya ada ternampak kenderaan yang dihanyutkan air.
"Di Rugading, bencana banjir sering berlaku sekurang-kurangnya lima kali setahun tetapi hari ini yang paling teruk," katanya yang dihubungi pada Isnin.
Tambah Jennifer, antara faktor penyumbang banjir adalah keadaan parit yang kecil dan pembangunan jalan-jalan raya.
"Sebelum ini hanya terdapat projek pembangunan jalan raya tanpa pembesaran parit dibuat namun sekarang ini telah ada projek pembesaran dilakukan.
"Cuma ia mungkin memakan masa yang lama dan kami kena bersedia setiap masa jika berlaku lagi bencana banjir," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Oct 05 2020
Keadaan banjir di jalan utama Kota Kinabalu-Tuaran, Sabah. -Astro AWANI
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Hujan lebat di selatan Sarawak, dua PPS diaktifkan
Sarawak mengaktifkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 18 mangsa banjir setakat 12.45 tengah hari ini.
Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya - Nadma
Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya selepas 463 mangsa yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara di Dungun dibenarkan pulang.
Banjir: PPS terakhir di Pahang ditutup, Terengganu tiada perubahan - Nadma
Jumlah mangsa di Terengganu kekal 473 orang daripada 157 keluarga di dua PPS di Dungun.
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menurun setakat petang ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor terus mencatatkan trend penurunan kepada 1,114 orang di 12 pusat pemindahan sementara.
2,626 mangsa banjir di tiga negeri setakat tengah hari - Nadma
Menurut NADMA, 10 PPS beroperasi di daerah Setiu yang menempatkan 1,048 mangsa, Besut (lapan PPS, 480 orang), Hulu Terengganu (lima PPS, 294 orang) dan Dungun (empat PPS, 283 orang).
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.
120 mangsa banjir di dua negeri setakat tengah hari - Nadma
Seramai 120 mangsa banjir masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak setakat tengah hari ini.