awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Warga PDRM Terengganu rugi hampir RM1 juta

Bernama
Bernama
09/01/2023
10:50 MYT
Banjir: Warga PDRM Terengganu rugi hampir RM1 juta
Rohaimi berkata, anggota dan kakitangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut mencatatkan bilangan tertinggi iaitu seramai 93 orang. - Gambar fail
JERTIH: Seramai 154 pegawai, anggota serta kakitangan awam Polis Kontinjen Terengganu terjejas akibat banjir Disember lepas membabitkan kerugian keseluruhan mencecah RM1 juta, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa.
Beliau berkata daripada jumlah itu anggota dan kakitangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut mencatatkan bilangan tertinggi iaitu seramai 93 orang.
"Ia membabitkan mereka yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan kediaman dinaiki air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada 200 pelajar terjejas akibat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat di sini, hari ini.
Bantuan tersebut membabitkan murid-murid dari SK Pusat, SK Lubuk Kawah dan SK Alor Keladi di daerah Besut.
Beliau berkata selain menyerahkan sumbangan kepada pelajar di sekolah terbabit, bantuan turut diagihkan kepada kalangan keluarga polis yang terbabit.
Dalam pada itu katanya empat pondok dan balai polis di beberapa daerah di negeri ini terjejas akibat banjir yang melanda pada 18 Dis lepas sehingga menyebabkan lebih 40,000 mangsa banjir di seluruh Terengganu berpindah dan ditempatkan di PPS.
Menurutnya balai terlibat ialah Balai Polis Kuala Jengai di Dungun, Balai Polis Manir dan Pondok Polis Tenang, Hulu Besut serta Balai Polis Trafik di Jertih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#PDRM
#jumlah kerugian
#Rohaimi Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan