KUALA LUMPUR: Sektor perbankan dijangka tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan pemberian moratorium dengan pengecualian faedah kepada golongan yang memerlukan, termasuk perniagaan kecil dan sederhana, kata bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Memetik laporan Bank Dunia, Setiausaha Agung DAP itu berkata, purata syarikat Malaysia tidak bersedia untuk menghadapi krisis seperti COVID-19, dengan masalah kekurangan aliran tunai tersedia, adalah sekitar 4.9 bulan.
Jelasnya lagi, ia jauh yang lebih rendah daripada negara serantau seperti Indonesia (9.5 bulan) dan Vietnam (5.9 bulan).
“Inilah sebabnya moratorium automatik pinjaman bank dengan pengecualian faedah sehingga akhir tahun sangat diperlukan.
“Industri perbankan sudah pasti mampu menyediakan moratorium dengan pengecualian faedah ini setelah mencatat keuntungan selepas cukai yang sihat sebanyak RM32.3 bilion pada tahun 2019, RM23 bilion pada tahun 2020 dan juga pada suku pertama tahun ini,” katanya lagi.
BACA: Pelan Pemulihan: Bantuan lebih komprehensif diumum pada Isnin atau Selasa – PM
BACA: Moratorium: Bank Negara ada kuasa penuh, bank-bank tak akan gulung tikar - Sohaimi Shahadan
BACA: Moratorium: Kini bola di tangan Bank Negara Malaysia - Penganalisis Ekonomi
Selain itu, Guan Eng berkata, tinjauan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 4 Jun mengatakan lebih daripada 90 peratus perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berisiko ditutup, dengan 54 peratus mengatakan mereka hanya dapat bertahan tiga hingga enam bulan dan 72 peratus menjangkakan akan mengalami kerugian.
Persatuan PKS Malaysia pula, tambahnya lagi, mendedahkan bahawa 100,000 PKS telah ditutup tahun lalu, dan 50,000 lagi dijangka mengalami nasib yang sama akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilaksanakan sekarang.
Atas sebab itu, Guan Eng berkata, kerajaan Perikatan Nasional perlu segera memberikan bantuan kewangan sebanyak RM35 bilion dalam bentuk subsidi sewa, upah dan utiliti; insentif pengambilan pekerja dan upah bagi mewujudkan pekerjaan baru dan juga geran perniagaan.
“Meningkatkan bayaran bulanan bantuan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 bagi golongan B40 dan penganggur yang menelan belanja sebanyak RM6 bilion sehingga akhir tahun ini, boleh menjadi jaringan keselamatan sosial yang dapat melindungi penganggur dan pekerja yang menghadapi masalah aliran tunai.
“Dana tambahan sebanyak RM4 bilion diperlukan untuk membantu pengambilan lebih banyak doktor dan jururawat serta memperkasakan sistem sokongan kesihatan untuk memerangi COVID-19 dan meningkatkan vaksinasi,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Jun 27 2021
Bank mampu sediakan moratorium dengan pengecualian faedah ini setelah catat keuntungan selepas cukai sebanyak RM32.3b (2019), RM23b (2020). - Gambar fail
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.
Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.
Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.