awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank diminta terus bantu peminjam dalam kesulitan - PM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/12/2021
11:10 MYT
Bank diminta terus bantu peminjam dalam kesulitan - PM
Kerajaan, kata Ismail Sabri, mengambil maklum bahawa masih ramai rakyat, terutamanya di dalam golongan B40, yang masih memerlukan sokongan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak bank diminta agar terus membantu peminjam yang menghadapi kesulitan kewangan dan menangguhkan tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar balik hutang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kadar muflis telah berkurangan selepas sektor ekonomi mula dibuka secara berperingkat sejak Oktober lalu, namun ekonomi Malaysia akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
“Peminjam baharu atau masih sukar mendapat pekerjaan, terutamanya golongan B50, wajar disokong sebaik mungkin sehingga mereka mampu berdiri teguh semula bagi memastikan kelangsungan hidup.
“Kerajaan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000 untuk memberi perlindungan kepada mereka yang mungkin masih tidak dapat bertahan dari segi kewangan akibat kesan pandemik,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Selain Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS), peminjam juga boleh mendapatkan bantuan lain daripada bank masing-masing yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kewangan mereka.
Bagi pengusaha mikro pula, RM1.8 bilion telah diperuntukkan melalui TEKUN Nasional, Bank Simpanan Nasional dan Agrobank yang memberi pembiayaan pada kadar kosong peratus selama sekurang-kurangnya enam bulan; bagi saiz pinjaman sehingga RM75,000; dan moratorium segera di antara 6-12 bulan.
Kerajaan tambahnya, mengambil maklum bahawa masih ramai rakyat, terutamanya di dalam golongan B40, yang masih memerlukan sokongan.
Sehubungan itu, di bawah Bajet 2022, usaha Kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat adalah menyeluruh dan merangkumi pelbagai inisiatif, termasuk perlindungan sosial.
“Menerusi Bajet 2022, di antara penambahbaikan inisiatif perlindungan sosial termasuk kemudahan baucar perlindungan Tenang yang dinaikkan kepada RM75; meneruskan Elaun Mencari Pekerjaan tambahan dan meningkatkan siling gaji yang diinsuranskan daripada RM4,000 kepada RM5,000 untuk menambah baik liputan keselamatan sosial bagi 9 juta pekerja yang dilindungi oleh Perkeso.
“Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) juga akan diaktifkan semula bagi membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu bagi jangka masa Panjang,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#bank
#ekonomi
#bantuan
#Moratorium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan