LONDON: Bank of Ireland memohon maaf selepas perkhidmatannya mengalami masalah teknikal menyebabkan beberapa pelanggan mengeluarkan atau memindahkan lebih daripada jumlah dalam akaun mereka, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Aplikasi dan perkhidmatan dalam taliannya berfungsi semula dan sebarang pemindahan atau pengeluaran akan tertera dalam akaun pelanggan.
Pihak bank menggalakkan pelanggan yang menghadapi masalah terbabit untuk menghubungi mereka.
Orang ramai beratur panjang di ATM di beberapa bahagian negara itu pada Selasa dan mesej di media sosial yang tular menggalakkan orang ramai untuk mengeluarkan wang tunai walaupun tidak mempunyai dana dalam akaun mereka.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, bank itu memaklumkan: "Semalam, isu teknikal memberi kesan kepada beberapa perkhidmatan Bank of Ireland.
"Pasukan kami memulihkan perkhidmatan ini semalaman dan semua perkhidmatan tersedia untuk pelanggan pagi ini.
"Kami sedar bahawa isu teknikal bermakna sesetengah pelanggan boleh mengeluarkan atau memindahkan dana melebihi had biasa mereka.
"Pemindahan dan pengeluaran ini akan digunakan pada akaun pelanggan hari ini. Kami menggesa pelanggan yang mungkin menghadapi masalah kewangan yang melepasi had akaun mereka untuk menghubungi kami.
"Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas gangguan ini."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Kesilapan teknikal itu menyebabkan beberapa pelanggan mengeluarkan atau memindahkan wang lebih daripada jumlah dalam akaun mereka. - Reuters
AS hormati hak protes rakyat Malaysia
Amerika Syarikat menghormati hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.
Pengorbanan, impian pasangan Palestin tunai haji
Cerita dan perjuangan Mahmoud dan Fatima untuk menunaikan Haji suatu yang indah dan penuh pergorbanan.
Johan, Ozlynn hampir terlepas pesawat, ingat kena 'scam'
Keberangkatan ke Makkah untuk pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn hampir bertukar duka apabila Johan hampir terlepas pesawat akibat kekeliruan nama pada visa miliknya itu.
Kerahan mega digembleng, pastikan kelancaran pergerakan
Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan perancangan teliti dan teratur dengan kerahan tenaga digembleng untuk Operasi Masyair, iaitu kemuncak kepada operasi haji, bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pergerakan untuk semua jemaah serta lebih 600 petugas.
Muhyiddin gusar akan nasib rakyat yang terkesan
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa sedih susulan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga diesel RM 3.35 seliter.
MyCC giat buat pemantauan dan penguatkuasaan ketat
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan bekerjsama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Kewangan (MOF) bagi mendapatkan data penting berkait kegiatan kartel dalam negara.
KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, agenda reformasi itu antara lain menumpukan cara kreatif dan inovatif membelanjakan bajet tahunan yang diumumkan kerajaan.
SK Jeram Masjid Tanah beroperasi seperti biasa
Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka beroperasi seperti biasa meskipun ramai gurunya terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin, Pahang pada Ahad.
Tiga guru tadika, seorang pembantu didakwa
Tiga guru tadika dan seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya dua kanak-kanak di bawah jagaan mereka, sejak Mac lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Jun 2024.
Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal
Beberapa pelanggan mengeluarkan atau memindahkan lebih daripada jumlah dalam akaun mereka.