awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantah GST: Media harus berdialog lebih dengan NGO - GERAMM

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2014
23:37 MYT
Bantah GST: Media harus berdialog lebih dengan NGO - GERAMM
Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada Khamis. --fotoAWANI
Gerakan Media Marah (GERAMM) menyeru agar lebih dialog diadakan di antara kumpulan media dan masyarakat serta NGO untuk memahami lebih baik kedudukan dan cabaran yang dihadapi media ketika menjalankan tugas.
Ini susulan kejadian serangan sekumpulan pemuda ke atas sekumpulan jurufoto yang sedang membuat liputan media di perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada Khamis.
Dalam satu kenyataan media, GERAMM meminta semua pihak agar tidak menggunakan keganasan kepada media kerana ia bertentangan dengan standard antarabangsa dan tidak membantu perjuangan mereka.
“Walaupun sebilangan media dianggap sebagai alat propaganda pihak tertentu, tindakan keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima sama sekali.
“Ketika kebebasan media menjadi satu cabaran yang masih diperjuangkan di pelbagai peringkat termasuk wartawan, campurtangan politik di bilik media juga masih menjadi satu isu besar di sebilangan media.”
GERAMM turut menyokong tindakan undang-undang yang mahu dibuat oleh wartawan yang menjadi mangsa termasuk laporan polis yang mahu dilakukan oleh Persatuan Jurugambar Berita Malaysia (MPPA) dan individu terlibat.
“Kami mahu pihak penganjur menyiasat perkara ini dan kumpulan tersebut tampil memberi penjelasan mengapa hal ini boleh berlaku.”
Topic Berkaitan
#Gerakan Media Marah (GERAMM)
#Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan