KUALA LUMPUR: Lebih 30 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke Kedutaan Sweden di sini hari ini, bagi menyerahkan nota bantahan terhadap tindakan kerajaan Sweden membenarkan ahli politik pelampau Rasmus Paludan membakar kitab suci Islam, al-Quran di Stockholm, Sabtu lepas.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata nota bantahan itu diserahkan kepada wakil Duta Sweden di Malaysia Dr Joachim Bergstrom.
"Kami minta supaya mereka akur bahawa apa yang dilakukan pihak sana (kerajaan Sweden) adalah berbahaya walaupun atas nama kebebasan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan nota bantahan di Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari, di sini, hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan membakar buku atau teks agama termasuk al-Quran, Injil dan teks agama Hindu kerana rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu.
Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark itu yang membakar naskhah al-Quran di Sweden dan menjelaskan terdapat begitu banyak salah faham dan prasangka terhadap agama di seluruh dunia termasuk Islam.
Pada Ahad, Anwar dilaporkan bukan sahaja mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu malah, menggesa kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara tersebut.
Paludan, dari parti politik Denmark, Hard Line atau Stram Kurs diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata keadaan terkawal dan tiada sebarang kekecohan berlaku ketika perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Sweden pagi tadi.
Beliau yang dihubungi Bernama berkata peserta perhimpunan bersurai secara aman pada kira-kira 3.30 petang.
Perhimpunan yang disertai kira-kira 500 orang itu berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas selesai menunaikan solat Jumaat, sambil melaungkan "Jahanan Sweden", "Hidup Islam", dan "Bangkit Melayu".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid ketika ditemui media selepas menyerahkan nota bantahan di Kedutaan Sweden hari ini. - Foto BERNAMA

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Polis Jerman tahan lelaki cuba bakar masjid
Seorang lelaki cuba membakar sebuah masjid di bandar Dresden di tenggara Jerman pada lewat petang Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.

Wisma Putra kutuk tindakan keji kumpulan anti-Islam bakar al-Quran di Denmark
Kenyataan tegas itu dikeluarkan Wisma Putra melalui ciapan menerusi Twitternya pada Sabtu.

Tindakan bakar al-Quran keji, langgar kebebasan bersuara
Tindakan membakar al-Quran menyemarakkan kebencian dan perpecahan serta tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

Berhimpun tanpa permit: 10 individu dirakam keterangan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya merakam keterangan kesemua individu itu baru-baru ini.

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

OIC tuntut 'tindak balas tegas' terhadap kejadian bakar al-Quran
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut "tindak balas yang tegas" terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.

Majlis Eropah kritik Denmark kerana beri ruang Paludan lakukan provokasi bakar al-Quran
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

Turkiye tegaskan negara Barat perlu hentikan penghinaan terhadap kitab suci
Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop ulas kejadian membakar al-Quran di Sweden, Denmark dan Belanda minggu lepas.

Polis akan panggil individu terlibat himpunan bantah bakar Al-Quran
Individu terlibat dalam perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat akan dipanggil dalam masa terdekat.