awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/01/2026
01:00 MYT
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Setiap agama mempunyai pendekatan serta tafsiran tersendiri berhubung isu pendermaan jasad, selari dengan prinsip dan ajaran masing-masing. - Gambar FB Silent Mentor Program by Universiti Malaya
KUALA LUMPUR: Pendermaan jasad sering dianggap lebih sukar dan sensitif berbanding pendermaan organ secara terpilih kerana melibatkan keseluruhan tubuh manusia.

Ringkasan AI
  • Pendermaan jasad dianggap lebih sukar berbanding pendermaan organ kerana melibatkan keseluruhan tubuh manusia.
  • Mufti Pulau Pinang menyatakan dalam Islam, pendermaan jasad adalah haram kerana Islam menitikberatkan pemeliharaan kemuliaan jasad.
  • Dalam ajaran Hindu, pendermaan jasad bagi tujuan penyelidikan dilihat sebagai sumbangan mulia kepada masyarakat dan pembangunan ilmu, manakala dalam ajaran Buddha, pendermaan jasad dipandang sebagai amalan suci yang membantu memahami hakikat kehidupan dan kematian.

Setiap agama mempunyai pendekatan serta tafsiran tersendiri berhubung isu pendermaan jasad, selari dengan prinsip dan ajaran masing-masing.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman menjelaskan dalam Islam, tubuh manusia wajib diberikan penghormatan sama ada ketika hidup mahupun selepas kematian.
Menurut beliau, berdasarkan prinsip tersebut, hukum asal pendermaan jasad manusia adalah haram, memandangkan Islam amat menitikberatkan pemeliharaan kemuliaan dan maruah jasad.
"Dalam konteks Malaysia, pendermaan jasad untuk tujuan penyelidikan masih belum berada pada tahap mendesak atau darurat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Mohd Sukki menegaskan, keperluan penyelidikan perubatan ketika ini masih boleh dipenuhi melalui kaedah alternatif yang tidak melibatkan pendermaan jasad, justeru hukum pengharaman tersebut kekal.
Berbeza dengan perspektif Islam, Presiden Hindu Sangam Malaysia, Thanga Ganesan berkata, dalam ajaran Hindu, jasad manusia dianggap bersifat sementara, manakala roh adalah kekal.
Sehubungan itu, tindakan menderma jasad bagi tujuan penyelidikan perubatan dan akademik dilihat sebagai satu sumbangan mulia kepada masyarakat dan pembangunan ilmu.
"Dalam ajaran Hindu, membantu sesama insan dianggap sebagai amalan kebajikan," ujarnya.
"Justeru, pendermaan jasad bagi tujuan penyelidikan perubatan, latihan profesional kesihatan dan pembangunan sains dalam konteks Hindu amat digalakkan," katanya.
Menurut beliau, amalan tersebut selari dengan prinsip pengorbanan diri demi kepentingan sejagat yang ditekankan dalam ajaran hidup Hindu.
Sementara itu, dalam ajaran Buddha, pendermaan jasad dilihat sebagai satu amalan yang sangat suci dan mulia.
Sami Buddha, Master Chang Lan berkata, pendermaan jasad untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan perubatan bukan sahaja satu perbuatan kebajikan, malah membantu individu memahami dengan lebih mendalam tiga kebenaran sejagat dalam ajaran Buddha.
"Tiga kebenaran itu ialah ketidakkekalan, ketiadaan diri dan Nirvana sebagai ketenangan sempurna. Pendermaan jasad membantu manusia menyedari hakikat kehidupan dan kematian dengan lebih mendalam," katanya.
Menurut beliau, tindakan menderma jasad mencerminkan nilai belas ihsan dan pengorbanan tertinggi demi manfaat insan lain, selari dengan ajaran Buddha yang menekankan pembebasan daripada keterikatan duniawi.
Topic Berkaitan
#pendermaan jasad
#perspektif agama
#kematian
#penghormatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan