awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan banjir: Penglibatan aktif NGO satu evolusi ke negara maju

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
29/12/2021
04:40 MYT
Bantuan banjir: Penglibatan aktif NGO satu evolusi ke negara maju
Kartini berkata, ini menujukkan NGO bersedia dan berganding bahu secara kolektif untuk membantu rakyat tanpa menunggu arahan daripada mana-mana pihak. - Foto UKM
KUALA LUMPUR: Penglibatan aktif daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu masyarakat ketika ditimpa bencana menyaksikan satu evolusi bagi sebuah negara yang membangun menuju ke negara maju.
Jelas Timbalan Pengarah KITA UKM, Prof Kartini Aboo Talib, ini menujukkan NGO bersedia dan berganding bahu secara kolektif untuk membantu rakyat tanpa menunggu arahan daripada mana-mana pihak.
"Kerana sistem dan institusi demokrasi telah membolehkan sumber bantuan selain mengharapkan kerajaan, iaitu NGO yang hidup subur menikmati kebebasan bergerak berpersatuan dibenar dan disokong oleh kerajaan untuk beri bantuan secara langsung kepada rakyat.
"Telah berubah, anjakan paradigma NGO telah menuju kepada negara maju, telah beralih daripada mempersoalkan mengenai hak asasi bersuara tetapi telah bersedia berganding bahu secara kolektif untuk bantu rakyat yang memerlukan tanpa menunggu arahan," katanya dalam temubual di Buletin AWANI pada Rabu.
Katanya lagi, gerakan subur ini harus disokong kerana ia merupakan gandingan mantap untuk melengkapkan hidup bermasyarakat.
"Keaktifan NGO menghulur bantuan ini merupakan gandingan mantap untuk melengkapkan hidup bermasyarakat atau sebuah masyarakat sivil yang sejahtera.
"Sesuai dgn maksud kerajaan pada satu ketika dahulu melahirkan dasar penswastaan negara yang mahu rakyat jadi kreatif, bersifat mandiri utk bantu rakyat. Gerakan subur ini harus disokong," katanya.
Cumanya, perkara yang paling penting jelas Kartini adalah mengenai penyelarasan antara semua badan ini dengan agensi kerajaan.
Ia bagi melicinkan segala urusan untuk merancang dan koordinasi sebelum, ketika dan selepas bencana.
Topic Berkaitan
#NGO
#banjir
#kerajaan
#negara maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan