KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, jumlah ini meningkat daripada 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun lepas.
"Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data yang berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan," katanya sempena pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Jalan Duta di sini, hari ini.
Data itu ialah penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin.
Selain itu, data agensi kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli, gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.
Tengku Zafrul berkata, sehingga 7 Januari lepas, LHDN telah menerima sebanyak 1,429,262 permohonan baharu dan daripada kemas kini BKM.
"Daripada angka ini, sebanyak 355,071 merupakan permohonan baharu manakala 1,124,191 adalah permohonan kemas kini BKM," katanya.
Beliau berkata, tempoh pendaftaran baharu dan kemas kini BKM ialah mulai 1 Jan 2022 hingga 31 Jan 2022.
Sehingga kini, katanya, direkodkan juga hampir 95 peratus daripada permohonan baharu dan kemas kini dibuat secara dalam talian.
"Perkembangan ini sesuatu yang positif kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19 apabila pemohon tidak perlu keluar dari rumah dan hadir ke kaunter perkhidmatan BKM.
"Kerajaan mahu memastikan bahawa mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mendaftar dan memohon," katanya.
Beliau berkata, penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang untuk membuat pengemaskinian. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Bekas tokoh Bersih lancar Projek SAMA, tingkat akauntabiliti
Tujuh bekas BERSIH pada Sabtu melancarkan sebuah organisasi yang memperjuangkan reformasi institusi dikenali sebagai Projek SAMA.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Dua polis bsi ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Bayaran BKM Fasa 4 dipercepatkan kepada bulan ini - PM
Ismail Sabri memaklumkan, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.
Bajet 2023: 'RM500 Inisiatif Cahaya Mata, sempat lagi tambah zuriat tahun depan' - Tengku Zafrul
Pemberian sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023.
B40, M40 gemar bantuan tunai, pilih kedai satelit - Kajian
Sebanyak 58.2 peratus isi rumah yang terkesan akibat peningkatan harga pada masa ini memilih bantuan tunai.
Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.
Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.
BKM Fasa 2: 8.6 juta bakal terima secara berperingkat mulai hari ini
BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
Pemuda Pas minta kerajaan kaji semula jumlah bantuan BKM
Bantuan tambahan BKM dilihat hanya bersifat jangka pendek dan tidak cukup komprehensif untuk menangani keresahan rakyat.
Bantuan Keluarga Malaysia: PM umum tambahan RM100 bagi isi rumah, RM50 bujang
Kerajaan mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 bagi kategori bujang.
Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia dibuka mulai 2 Mei ini
Kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.
BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.