awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Khas Aidilfitri: Penjawat awam di Kedah terima 'duit raya' RM1,000

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/04/2023
08:07 MYT
Bantuan Khas Aidilfitri: Penjawat awam di Kedah terima 'duit raya' RM1,000
Muhammad Sanusi, memaklumkan kelulusan berkenaan dibuat selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Wisma Darul Aman pada Rabu.
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di negeri itu yang akan disalurkan bermula 18 April ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kelulusan berkenaan dibuat pada mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Wisma Darul Aman pada Rabu.
"Saya mahu umumkan Bantuan Khas Aidilfitri tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, (di mana) kerajaan negeri bersetuju meluluskan bantuan sebanyak RM1,000 setiap orang.
"Ia melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5.1 juta untuk penjawat awam (di Kedah) seramai 5,100 orang," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah membuat penjenamaan semula ketua kampung yang kini dikenali sebagai Majlis Ketua Kampung (MKK).
Keputusan itu adalah bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebelum ini.
Tambahnya, pelantikan berkenaan juga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM13.8 juta bagi pembayaran elaun.
Topic Berkaitan
#Kedah
#bantuan khas Aidilfitri
#duit raya
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan