awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan lori air disediakan ekoran pencemaran LRA

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2013
16:08 MYT
Bantuan lori air disediakan ekoran pencemaran LRA
Sebanyak 18 lori bantuan air telah disediakan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang beroperasi sepanjang masa bagi kawasan terjejas teruk ekoran pencemaran loji rawatan air (LRA), Sungai Semenyih.
Langkah tersebut bagi meringankan kesulitan pengguna di kawasan yang terjejas teruk seperti di wilayah Hulu Langat iaitu Sungai Chua, Pekan Kajang dan Semenyih.
Syabas dalam satu kenyataannya memaklumkan gangguan tidak berjadual berlaku tidak mempunyai kaitan dengan kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu.
Loji yang diuruskan oleh Konsortium Abass telah dikesan berlaku pencemaran pada jam 1.30 tengah hari pada 14 Januari lepas.
Syabas telah dimaklumkan bahawa LRA Sungai Semenyih mula beroperasi semula pada jam 8.00 malam, 14 Januari lalu.
Meskipun tempoh pemulihan bekalan air mengambil masa kira-kira seminggu, Syabas akan terus membekalkan air bantuan dan melaksanakan pemantauan berterusan.
Bagaimanapun Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan LRA adalah di bawah kawalan Syabas sebagai operator tunggal agihan air.
Menurut Khalid, Syabas perlu memastikan mekanisma agihan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Topic Berkaitan
#air
#Khalid
#LRA
#Sungai Semenyih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan