awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bantuan RM100 kurangkan beban, tapi hanya sementara'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/07/2025
20:00 MYT
'Bantuan RM100 kurangkan beban, tapi hanya sementara'
Kos sara hidup yang tinggi masih membelenggu rakyat, perbelanjaan isi rumah untuk makanan sahaja mencecah 60 peratus daripada pendapatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemberian bantuan tunai RM100 kepada setiap individu disambut baik oleh ramai pihak kerana ia dilihat mampu mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin menekan rakyat ketika ini.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusof, bantuan yang diberikan secara individu, bukan mengikut isi rumah, mampu memberi impak yang lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah.
“Kalau dalam satu rumah ada empat orang, maka jumlah keseluruhan yang diterima adalah RM400. Ini boleh membantu mereka berbelanja, terutamanya untuk barangan keperluan harian,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, bantuan itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai dan untuk barangan tertentu sahaja, mencerminkan pendekatan kawalan oleh kerajaan.
“Walaupun RM100 ini dalam bentuk tunai dan boleh dibelanjakan, tetapi kerajaan tetap mengawal apa yang boleh dibeli. Ini bagi saya satu langkah yang baik,” jelasnya lagi.
Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa bantuan ini hanya mengurangkan beban secara sementara.
Kos sara hidup yang tinggi masih membelenggu rakyat, dengan purata perbelanjaan isi rumah untuk makanan sahaja kini mencecah 60 peratus daripada pendapatan bulanan.
“Ramai rakyat kini terpaksa buat dua atau tiga kerja untuk tampung kos hidup. Jadi, langkah bantuan ini hanyalah permulaan. Kita harap selepas ini akan ada lagi inisiatif khas yang diberikan secara mengejut seperti ini,” katanya.
Sementara itu, berhubung pengumuman penurunan harga RON95 sebanyak 6 sen kepada RM1.99 seliter, beliau menyifatkan langkah itu melegakan banyak pihak, terutamanya industri pengangkutan dan pengguna biasa.
Namun, katanya, mekanisme pelarasan subsidi bersasar yang dijangka diperkenalkan kerajaan perlu diperincikan dengan telus agar tidak berlaku kes "tersasar" penerima.
“Kalau golongan yang tidak layak masih menerima subsidi, sedangkan yang benar-benar memerlukan tercicir, ini akan beri kesan berganda. Kos perniagaan akan dipindahkan kepada pengguna lain, akhirnya harga barang naik lagi,” jelasnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu telah membuat pengumuman mengenai beberapa jenis bantuan kepada rakyat Malaysia, antaranya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas, serta harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kos sara hidup
#subsidi bersasar
#harga RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan