awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan SARA hari keempat lancar, rekod jualan lebih RM100 juta

Bernama
Bernama
03/09/2025
22:50 MYT
Bantuan SARA hari keempat lancar, rekod jualan lebih RM100 juta
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membeli barangan keperluan menggunakan bantuan itu di Pasar Raya Farley, Kuching, Sarawak, pada Rabu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari keempat hari ini berjalan lancar dengan rekod jualan sebanyak RM117.1 juta, melibatkan 1.8 juta penerima di seluruh negara.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 Sept.
"Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding 95 peratus pada 2 Sept," menurut kenyataan MOF, di sini, malam tadi.
Selain itu, usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai hari ini.
Sejak pelaksanaan pada 31 Ogos, lebih 4.8 juta rakyat membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA sebanyak RM100 dan SARA, dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM 312.6 juta di seluruh negara,.
Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah hingga 31 Dis 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sara
#bantuan kewangan
#jualan
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan