Bantuan kerajaan sebanyak seribu ringgit kepada bekas anggota tentera tidak berpencen berkemungkinan akan diberi secara tahunan.

Namun begitu, pelaksanaan itu mungkin akan dipertimbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika terus mendapat mandat rakyat pada PRU-13.

Walaubagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan tersebut tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

Jelasnya, pemberian seribu ringgit akan dinikmati seramai 234 500 ribu bekas tentera secara berperingkat yang mula diagihkan sejak 1 Februari lalu.

Zahid berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran program 1ACP (1 Active Carrier Planning) dan portal kerjayaveteran.my di ibu negara.

Jelasnya lagi portal itu direka khas bagi menyediakan platform untuk tentera veteran mendapatkan pekerjaan selepas persaraan.

Ia dijangka akan memberi 30 ribu peluang pekerjaan menjelang 2020.

Katanya kombinasi teknologi maklumat dan rundingan secara profesional berupaya mengembangkan kerjaya mereka kelak.