Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menawarkan bantuan kepada Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di
sekolah melalui "Program OSH Di Sekolah."
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata OSH perlu diperkenalkan di sekolah berikutan berlaku kemalangan yang melibatkan guru, pelajar dan petugas lain akibat runtuhan struktur bangunan, kipas siling, tiang gol, tandas dan malah letupan berpunca daripada bahan kimia.
"Keselamatan dan kesihatan amat penting di sekolah. Kemalangan seperti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi di sekolah kerana ibu bapa amat mengharapkan anak mereka selamat di situ," katanya dalam kenyataan di sini hari Selasa.
Lee berkata pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) di sekolah sebagai tempat bekerja bertujuan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat dan sihat untuk guru, pelajar dan pelawat.
Ia bertujuan menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang sedang bekerja serta melindungi pelajar daripada menerima kesan buruk dari segi kesihatan dan keselamatan akibat kegiatan pekerja lain.
Lee berkata, tidak ramai tahu tentang "Program OSH Di Sekolah" yang meliputi satu lagi dimensi serta melihat sekolah sebagai tempat bekerja mengikut OSHA 1994.
Melalui program ini, kata beliau, NIOSH berharap dapat mengesyorkan kaedah pengurusan OSH yang berkesan melalui aktiviti penyebaran pendidikan, kesedaran, penerangan dan pameran untuk memastikan pekerja menyedari tentang risiko yang dihadapi mereka ketika berada di tempat kerja dan cara untuk bekerja dengan selamat bagi menangani risiko yang dihadapi.
"Di samping itu, menyemai kesedaran sejak peringkat awal amat penting dalam usaha mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat. Diharapkan, program ini akan memberi manfaat kepada pelajar," katanya.
NIOSH berjaya memperkenalkan program ini sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) kepada beberapa sekolah dengan tajaan badan korporat.
Bernama
Tue Nov 05 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penguatkuasaan lebih kerap mampu cegah pencemaran toksik - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan yang lebih kerap dan berkesan.
Bantuan untuk memperkenalkan OSH di sekolah
NIOSH menawarkan bantuan kepada Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah.
Niosh saran latihan tangani kemalangan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan saran majikan melaksana program latihan yang komprehensif untuk menangani masalah kemalangan.