Skip to main content

Dunia

Lapangan terbang Riyadh umum pengaturan terminal baharu

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi. - Gambar fail/REUTERS
Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi. - Gambar fail/REUTERS

Advertisement

ISTANBUL: Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di ibu negara Arab Saudi Riyadh mengumumkan pada Sabtu bahawa penerbangan domestik dan perkhidmatan antarabangsa yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan nasional akan menggunakan terminal yang ditetapkan mulai Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam notis kepada penumpang, lapangan terbang itu memaklumkan Terminal 1 akan mengendalikan penerbangan domestik manakala Terminal 2 akan menyediakan penerbangan antarabangsa yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan nasional, berkuat kuasa 25 Okt.

Penumpang dengan tempahan yang disahkan dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan mereka bagi mengesahkan status penerbangan dan tempahan sebelum pergi ke lapangan terbang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid adalah antara beberapa lapangan terbang Saudi yang menjadi sasaran dalam serangan baru-baru ini, didakwa dilakukan oleh kumpulan Houthi Yaman, beberapa daripadanya telah menyebabkan orang awam terkorban dan mengganggu perjalanan udara.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement