awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Wang Ihsan: NADMA nafi dakwaan Hannah Yeoh

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2021
11:54 MYT
Bantuan Wang Ihsan: NADMA nafi dakwaan Hannah Yeoh
Menerusi satu kenyataan, NADMA memaklumkan soalan lazim yang dirujuk Hannah adalah garis panduan lama. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkait garis panduan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) mangsa banjir.
Menerusi satu kenyataan, NADMA memaklumkan soalan lazim (FAQ) yang dirujuk Hannah adalah garis panduan lama.
"Ia tidak lagi terpakai lanjutan pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan arahan ini turut dilanjutkan kepada semua Kerajaan Negeri.
"Dakwaan YB Hanna Yeoh yang menyatakan terdapat tarikh tutup permohonan BWI adalah tidak benar.
"NADMA menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut kerana tidak ada tarikh tutup bagi BWI memandangkan kejadian bencana adalah sesuatu yang tidak dapat diramal.
"Untuk makluman, sehingga hari ini sejumlah RM26.9 juta peruntukan fasa pertama telah disalurkan ke 11 buah negeri untuk pembayaran bantuan wang ihsan," memetik kenyataan itu.
Mengulas lanjut, NADMA menyatakan bahawa pada 21 Disember 2021, Ismail Sabri telah memutuskan bahawa semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir wajar menerima BWI setiap kali ditimpa bencana.
Keputusan itu dibuat Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana Bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri. BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA 2021 DI SINI
"Sebelum ini kelayakan BWI hanya diberikan sekali dalam musim tempoh bencana telah diisytiharkan namun atas keprihatinan Perdana Menteri, kini semua KIR yang terkesan akibat bencana banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa, tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)," memetik kenyataan itu.
Hannah dalam perkongsian di media sosial mempersoal mengenai bantuan kewangan banjir tersebut.
Katanya, tiada pelarasan selain kenyataan yang dikeluarkan NADMA dan Perdana Menteri berkait penyaluran bantuan itu adalah bercanggah.
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#ismail sabri yaakob
#mangsa banjir
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan