awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak negara Islam mendiamkan diri dalam isu Uyghur - Nik Nazmi

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2022
09:41 MYT
Banyak negara Islam mendiamkan diri dalam isu Uyghur - Nik Nazmi
Nik Nazmi berharap lebih banyak usaha perlu dilakukan dalam isu Uyghur dan kerjasama dari semua pihak amat diperlukan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Isu melibatkan etnik Uyghur harus dilihat dari sudut kemanusiaan dan hak asasi manusia, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menjelaskan, Malaysia mempunyai pengalaman dalam memperjuangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia untuk rakyat Palestin dan Bosnia.
Namun, malangnya ujar Nik Nazmi, banyak negara Islam yang lain juga dilihat kurang memperjuangkan isu berkaitan Uyghur.
"Sebelum ini Malaysia, Turkiye dan Qatar agak lantang bercakap tentang Uyghur berbanding negara Islam yang lain.
"Namun mutakhir ini, tiga negara ini juga agak kurang bersuara tentang hal ini dan ia merupakan satu tragedi," katanya dalam satu forum Peduli Uyghur.
Nik Nazmi berharap lebih banyak usaha perlu dilakukan dalam isu Uyghur dan kerjasama dari semua pihak amat diperlukan.
Manakala Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Faisal Abdul Aziz pula menjelaskan, pembunuhan etnik terhadap Uyghur tidak harus didiamkan.
"Pembunuhan etnik memang berlaku dengan cara wanita-wanita Uyghur dipaksa untuk menggugurkan kandungan dan wanita yang muda dipaksa mengambil ubat yang boleh menjejaskan kandungan.
"Ini juga merupakan sebahagian dari pembersihan etnik yang perlu dilihat dengan lebih serius kerana ia memang berlaku," katanya.
Katanya, kerajaan pernah melaksanakan polisi yang baik dengan tidak menghantar pulang pelarian Uyghur yang datang ke negara ini.
Topic Berkaitan
#Uyghur
#etnik
#pembunuhan etnik
#Malaysia
#negara Islam
#Turkiye
#Qatar
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#ABIM
#Faisal Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan