awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak perkara dalam sistem pendidikan perlu dikaji semula - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/01/2020
04:43 MYT
Banyak perkara dalam sistem pendidikan perlu dikaji semula - Tun M
Menurut Dr Mahathir, beliau kini sedang dalam proses mendengar taklimat daripada pegawai Kementerian Pendidikan, dan sudah mempunyai beberapa idea tentang apa yang harus dilakukan. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, terdapat banyak perkara yang perlu dikaji semula dalam Kementerian Pendidikan.
Dr Mahathir, yang mula memangku portfolio itu sejak 3 Januari lepas berkata, beliau akan turut mengambil kira kritikan daripada orang ramai berhubung dasar serta polisi mengenai sistem pendidikan di negara ini.
“Kita dapati banyak perkara yang perlu kita kaji semula sama ada baik atau tidak. Kita dapati orang ramai buat teguran, dan kita akan ambil kira teguran mereka sama ada perlu buat perubahan atau tidak.
“Selain itu, tujuan kita untuk mendidik anak anak kita supaya apabila mereka bila besar nanti, boleh hidup dengan sempurna, menjadi orang yang produktif dan bukan hanya menunggu bantuan sahaja,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, di sini hari ini. BACA: Tun Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan
Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa 2 Januari lepas atas saranan dan nasihat Dr Mahathir.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau kini sedang dalam proses mendengar taklimat daripada pegawai Kementerian Pendidikan dan sudah mempunyai beberapa ‘idea’ tentang apa yang harus dilakukan.
“Sebagai Menteri Pendidikan, saya baru jadi pemangku beberapa hari sahaja. Saya dalam proses mendapat taklimat berkenaan tentang peranan Menteri Pendidikan dan saya juga berbincang dengan beberapa pegawai.
“Saya sekarang ini sudah dapat some ideas pemikiran berkenaan apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#anak
#integriti
#Kementerian Pendidikan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Maszlee Malik
#menteri
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan