Jumlah penuntut melebihi had dalam asrama, pintu kecemasan terhalang, tiada laluan kecemasan dan penyambungan elektrik berlebihan antara isu yang dikesan hasil pemeriksaan minggu pertama oleh Jawatankuasa Petugas Khas ke atas Pondok dan pusat Tahfiz seluruh negara.
Sejumlah 34 peratus atau 76 pusat tahfiz dan pondok pengajian agama dari 228 buah yang diperiksa tidak mematuhi aspek keselamatan pencegahan kebakaran atau mudah terdedah kepada berlakunya kebakaran.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Datuk Soiman Jahid berkata, selain aspek kebakaran yang tidak dipatuhi itu, pihaknya juga turut mendapati terdapat pondok atau pusat tahfiz melakukan aktiviti memasak dalam kawasan penempatan atau dalam asrama.
"Pemeriksaan ke atas 228 pusat tahfiz dan pondok mendapati 66 peratus atau 152 buah pusat mematuhi manakala selebihnya tidak mematuhi aspek pencegahan kebakaran.
“Sebenarnya untuk pemeriksaan minggu pertama kita bagi notis untuk melaksanakan langkah awal supaya dia dapat dioperasikan saya ambil contoh Negeri Sembilan apabila terlalu ramai pelajar ditempatkan di asrama kita bagi notis dan tindakan tidak benarkan pengusaha memuatkan pelajar melebihi had, kita tak tutup operasi pusat tahfiz itu sebaliknya meminta supaya dilaksanakan tindakan mengurangkan pelajar dalam asrama," katanya di sini.
Katanya, pemeriksaan Jawatankuasa Khas itu akan diteruskan untuk minggu seterusnya sehingga 19 Oktober depan melibatkan lebih 400 orang petugas JBPM dan di bantu oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Pihaknya menjangkakan lebih 1200 buah pondok dan pusat tahfiz persendirian seluruh negara akan diperiksa sehingga tarikh berkenaan sebelum laporan lengkap diserahkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dibentangkan dalam mesyuarat kabinet.
Pemeriksaan minggu pertama yang bermula 25 September lalu ke atas 228 buah pondok mendapati 152 pondok dan pusat tahfiz mematuhi aspek pencegahan kebakaran manakala selebihnya tidak mematuhi peraturan keselamatan tersebut.
Beliau juga mengingatkan ibubapa supaya merujuk JBPM sebelum menghantar anak mereka ke pusat tahfiz atau pondok mengenai tahap keselamatan dan pencegahan kebakaran di pondok persendirian yang ingin mereka daftarkan anak mereka.
Jawatankuasa Khas ditubuhkan oleh kerajaan bagi memeriksa tahap keselamatan pondok dan pusat tahfiz seluruh negara susulan insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru baru ini yang mengorbankan 23 nyawa pelajar dan warden asrama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan majlis penutup kempen pencegahan kebakaran membabitkan lebih 700 pengusaha pondok dan pusat tahfiz seluruh Kelantan di sini siang tadi.
Vivi Sumanti
Tue Oct 03 2017
Banyak kejadian kebakaran di sekolah pondok dan pusat tahfiz di negara ini berpunca daripada kegagalan mematuhi aspek keselamatan asas mencegah kebakaran. - Gambar fail
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Banyak sekolah pondok, pusat tahfiz tidak patuh aspek keselamatan cegah kebakaran
Sejumlah 34 peratus atau 76 pusat tahfiz dan pondok pengajian agama dari 228 buah yang diperiksa mudah terdedah kepada berlakunya kebakaran.