KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim (B) Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar banyak menyumbang untuk mengukuhkan langkah balas terhadap kegiatan melanun dan rompakan bersenjata di Selat Melaka yang merupakan laluan utama bagi industri perkapalan Jepun.
Hasilnya, jumlah jenayah maritim menurun daripada 45 kes pada 2005 kepada hanya empat kes dalam 2017 apabila beliau bersara, kata Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko.
Beliau berkata demikian dalam ucapan tahniahnya pada upacara penganugerahan "Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star" daripada Maharaja Jepun kepada Ahmad Puzi di atas sumbangannya kepada keselamatan maritim.
Semasa mewakili Maharaja Jepun menganugerahkan bintang kebesaran itu pada Selasa, Katsuhiko berkata bekas Ketua Pengarah APMM itu bekerja keras dalam mendapatkan dua kapal peronda dari Jepun untuk agensi itu, menubuhkan akademi maritim untuk latihan di rantau Asia dan meningkatkan kerjasama antara penguat kuasa maritim Malaysia dan Jepun.
Atas rasa tanggungjawabnya kepada Malaysia mendorong APMM mengadakan latihan bersama Japan Coast Guard (JCG) dan mengukuhkan hubungan agensi itu dengan badan berkaitan di negara lain untuk menangani kegiatan melanun dan rompakan bersenjata.
Semasa menjelaskan pencapaian warga Malaysia berkenaan, Duta Jepun itu berkata dalam satu kenyataan semalam, bekas Laksamana Maritim itu secara proaktif terlibat dalam pemberian dua kapal peronda "Arau" dan "Pekan" dari Jepun ke Malaysia.
Pada Mac 2016 lebih daripada 100 kapal dan bot asing didapati memasuki perairan Malaysia tanpa izin dan dalam responsnya bekas Ketua Pengarah APMM itu segera memohon kepada Jepun untuk mendapatkan bantuan kapal dan keupayaan pembangunan kakitangan.
"Terima kasih kepada rayuan bersungguh-sungguh beliau untuk bantuan itu, Jepun memutuskan untuk menyerahkan dua kapal peronda yang ditamatkan perkhidmatan kepada Malaysia," katanya.
Perjanjian bantuan geran itu ditandatangani semasa Mesyuarat Pemimpin Jepun-Malaysia pada November 2016 dan dua kapal peronda itu tiba di Malaysia setahun kemudian selepas diperbaharui.
Duta Jepun itu berkata sejak itu kapal peronda "Arau" dan "Pekan" memainkan peranan penting dalam operasi APMM dan mereka merupakan simbol kerjasama dua hala yang kukuh antara Jepun dan Malaysia selain kesanggupan Jepun membantu Malaysia memastikan keselamatan perairannya.
Ahmad Puzi juga memainkan peranan utama dalam meningkatkan dan mempelbagaikan Program Kerjasama Teknikal Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk APMM.
Beliau menyumbang kepada penubuhan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dengan sasaran menjadikannya sebuah pusat latihan penguat kuasa maritim serantau di Asia dan menjemput lain-lain negara Asia untuk menyertai program latihan di situ.
Beliau juga menggalakkan negara-negara lain untuk menyertai Program Kerjasama Teknikal JICA di AMSAS dan hasil inisiatif beliau telah berjaya memulakan Program Latihan Negara Ketiga JICA untuk meningkatkan keupayaan pegawai penguat kuasa maritim bermula tahun ini.
"Dengan meningkatkan Latihan untuk Negara Ketiga di Malaysia, pelbagai teknik dan pengalaman dapat dipindahkan kepada negara-negara lain dan saya yakin kerjasama ini menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik," kata Katsuhiko.
Jepun telah menghantar pakar-pakar ke APMM menerusi JICA bagi memastikan keselamatan maritim di rantau ini sejak agensi itu ditubuhkan pada 2005.
Beliau memberikan penghormatan kepada Ahmad Puzi di atas sumbangan berharganya untuk mengukuhkan kerjasama antara penguat kuasa maritim Jepun dan Malaysia.
Katsuhiko berkata Jepun dan Malaysia seharusnya mempunyai lebih banyak kerjasama rapat dalam keselamatan maritim sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur yang disambut kedua-dua negara pada tahun ini.
"Sumbangan Ahmad Puzi boleh diambil kira sebagai unsur penting dalam hubungan dua hala yang ditingkatkan oleh dasar itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Takahashi Katsuhiko (kanan) menyampaikan anugerah 'Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star' daripada Maharaja Jepun kepada Ahmad Puzi di kediaman rasminya di Kuala Lumpur, 20 Julai 2022. --fotoBERNAMA
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Banyak sumbangan Ahmad Puzi banteras kegiatan lanun di Selat Melaka - Duta Jepun
Jumlah jenayah maritim menurun daripada 45 kes pada 2005 kepada hanya empat kes pada 2017 apabila beliau bersara.
Maritim Malaysia giat jalankan operasi khas, kekang trend jenayah masa kini
Beliau berkata, menerusi Operasi Naga di Laut China Selatan sahaja, APMM telah berjaya menahan 127 buah bot nelayan asing.