Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini di sini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 18 tahun sejak dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Bukit Katil dalam daerah Melaka Tengah pada November 2015.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan tindakan sama terhadap mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun sembilan bulan di lokasi sama kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 14 November lalu.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 376a Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376b(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Muhammad Azri Zakaria tidak menawarkan sebarang jaminan kerana pertuduhan tersebut tidak boleh dijamin dan merupakan kesalahan serius.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah dengan alasan mangsa ingin menarik balik laporan polis yang dibuat.
Muhammad Azri bagaimanapun menegaskan tiada penarikan laporan polis dibuat sehingga kini.
Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, hakim menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Raffi Bachik
Wed Nov 22 2017

Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 18 tahun sejak dua tahun lalu. -Astro AWANI

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$107.8 bln pada 15 Jan, 2021
BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Malaysia catat kematian baharu tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Januari.

Impian kanak-kanak hidap leukemia tahap empat naik kereta peronda polis tercapai
Impian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menghidap leukemia tahap empat untuk menaiki kenderaan peronda polis (MPV) menjadi kenyataan pada Jumaat.

COVID-19: 18 kematian, tertinggi dilaporkan, 3,631 kes baharu
Malaysia merekodkan 18 kes kematian baharu iaitu tertinggi yang pernah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 korban.

KKM tubuh 213 Pusat Penilaian COVID-19 - Dr Adham
CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

COVID-19: SOP baharu upacara pengebumian di Sarawak
JPBNS menetapkan garis panduan baharu berhubung jumlah kehadiran ke upacara pengkebumian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Guru positif COVID-19, kolej KTETF di Melaka diarah tutup
Arahan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga Khamis depan.

COVID-19: Wanita dalam bidang teknologi percaya 'lockdown' halang perkembangan kerjaya - Tinjauan
Wanita daripada bidang teknologi di Asia Tenggara percaya persekitaran kerja yang saksama adalah terbaik untuk perkembangan kerjaya.

Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Bayi 10 bulan maut diperkosa bapa durjana
Anggota perubatan yang cuba menyelamatkan mangsa berkata setibanya di lokasi, bayi itu sedang memakai lampin yang dipenuhi dengan darah.

Keji! Ibu izin suami baharu rogol anak kandung
Suspek turut melampiaskan nafsu serakahnya terhadap mak cik mangsa sebagai balasan untuk mengubati suaminya yang sakit.

Bapa didakwa atas dua pertuduhan lakukan sumbang mahram
Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Norma Ismail.