awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa dipenjara dua tahun aniaya anak kandung hingga cedera

Bernama
Bernama
28/09/2020
09:10 MYT
Bapa dipenjara dua tahun aniaya anak kandung hingga cedera
Pada Ogos 2017, lelaki itu mengaku tidak bersalah sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang ketika itu berusia 13 tahun, telah menganiaya kanak-kanak tersebut. -Bernama
JOHOR BAHRU:Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menganiaya anak kandungnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal tiga tahun lepas.
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu ke atas G Viswanathan, 39, seorang pekerja swasta di Singapura, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi dan memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM40,000 dengan dua penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Pada Ogos 2017, lelaki itu mengaku tidak bersalah sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang ketika itu berusia 13 tahun, telah menganiaya kanak-kanak tersebut sehingga mengalami kecederaan fizikal di sebuah rumah di Jalan Camar Taman Perling di sini, antara Februari 2017 hingga Ogos 2017.
Viswanathan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau ke­dua-duanya.
Seramai lapan saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan yang bermula pada Ogos 2018.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad manakala tertuduh diwakili peguam A. Mathan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#penjara
#Mahkamah Sesyen
#aniaya
#anak kandung
#Johor
#pekerja swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan