awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa kanak-kanak pandu treler direman dua hari

Bernama
Bernama
08/09/2020
10:07 MYT
Bapa kanak-kanak pandu treler direman dua hari
Pada Isnin, tular sebuah rakaman video di aplikasi WhatsApp, yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bawah umur sedang memandu sebuah treler jenis Hino. - Astro AWANI
Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang tular di aplikasi WhatsApp kerana membenarkan anaknya berusia 11 tahun memandu treler, direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, dalam kenyataan ringkas pada Selasa, berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan semalam oleh anggota polis di Rantau, dekat sini.
BACA: Polis buru bapa, kanak-kanak lelaki pandu lori
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, tular sebuah rakaman video di aplikasi WhatsApp, yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bawah umur sedang memandu sebuah treler jenis Hino.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lelaki
#polis
#Seremban
#siasatan
#Tular
#video
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan