awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa mangsa tragedi kepala air reda pemergian anak sekeluarga

Bernama
Bernama
03/07/2023
06:51 MYT
Bapa mangsa tragedi kepala air reda pemergian anak sekeluarga
Eiyi (kiri) sebak ketika bertemu Ariffin yang melawat keluarga itu di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Walaupun berat ujian yang ditanggung, Eiyi Johari, 60, bapa kepada Allahyarham Azizah Eiyi, 40, yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman reda dengan pemergian anaknya.
Selain Azizah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, dia turut kehilangan seorang menantu, Karim Abdullah, 39, (suami Azizah) dan tujuh cucu yang turut sama dalam perkelahan di kawasan rekreasi berkenaan.
Menurut Eiyi dia tidak menyangka akan kehilangan sembilan ahli keluarga tersayang dalam sekelip mata, apatah lagi mereka baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama.
"Saya reda dengan ujian ini... (Pada hari kejadian) saya keluar bekerja dan dimaklumkan oleh isteri yang mereka sekeluarga berkelah.
"Mereka tidak tinggal serumah dengan kami, tetapi masih dalam kampung yang sama. Suaminya pula berulang-alik kerja dari Felda Lepar Hilir ke Air Putih setiap hari," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman turut menziarahi keluarga mangsa dan menghulurkan sumbangan peribadi sebagai tanda prihatin.
Ariffin berkata kejadian tragedi kepala air di kawasan Jeram Mawar itu merupakan kejadian luar jangka kerana berlaku di luar musim tengkujuh.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang ingin keluar beriadah terutama di kawasan rekreasi air mendapatkan maklumat ramalan cuaca daripada laman web agensi berkaitan.
"Jabatan Meteorologi ada keluarkan amaran hujan lebat dan ribut melibatkan negeri-negeri Semenanjung sehingga 5 Julai ini.
"Saya harap sesiapa yang ingin melakukan aktiviti di air lebih peka dengan amaran berkaitan bagi mengelak sebarang tragedi," katanya.
Setakat hari ini, tujuh mangsa telah ditemukan termasuk penemuan mayat Azizah dan anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, pada tengah hari semalam manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemukan.
Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan pada 6 petang semalam akibat cuaca buruk diteruskan semula kira-kira 9 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepala air
#jeram air putih
#sembilan beranak
#jumlah mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan