awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa maut ketika hantar anak ke tadika

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2023
06:34 MYT
Bapa maut ketika hantar anak ke tadika
Muhamad Rizaidil Benjamin, 30, yang bekerja sebagai penghantar barang itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. - Gambar/ Sinar Harian
ROMPIIN: Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar anak ke tadika maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung berhampiran di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Muhamad Rizaidil Benjamin, 30, yang bekerja sebagai penghantar barang itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka manakala anaknya yang berusia enam tahun lebam di kepala.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd Azahari Mukhtar berkata, siasatan awal dapati, kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Keratong 4 menuju ke Kampung Rekoh Baru untuk menghantar anaknya ke tabika.
"Apabila sampai di tempat kejadian kereta mangsa telah terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan terjatuh ke dalam gaung setinggi lebih kurang 10 meter.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan anaknya dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah bagi menerima rawatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Beliau berkata, kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang dikatakan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan maut.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Tanjung Malim
#ajal hantar anak
#tadika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan