Skip to main content

Malaysia

Bapa Menteri Besar Perak meninggal dunia

61365010299_295x200.jpg
Abdul Kadir Muhammad, bapa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi tadi di Hospital Desa Pangkor, Pulau Pangkor akibat serangan jantung.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, jenazah akan disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.

Allahyarham, 73, yang lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai ketua kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas.

Advertisement

Must Watch Video