awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas

Agensi
Agensi
25/02/2021
21:19 MYT
Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas
Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno. -Instagram @alissonbecker
LIVERPOOL: Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dilapor meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno di selatan Brazil, pada Rabu.
Daily Mail yang memetik jurucakap polis Lavras do Sul, Doroteo Machado Filh sebagai berkata ketika kejadian, mangsa Jose Becker, 57, dikatakan sedang berenang di empangan berhampiran kediamannya itu sebelum disedari hilang kira-kira pukul 5 petang.
Setakat ini, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah mengaitkan insiden terbabit.
Ekoran kejadian itu, bomba dari Cacapava do Sul digerakkan untuk misi mencari dan menyelamat mangsa.
Mayat mangsa ditemukan pada jam 11.59 malam.
Becker yang merupakan ejen hartanah dilaporkan tinggal bersama isterinya Magali di kediaman tersebut.
Alisson menyertai Liverpool pada tahun 2018 dan pernah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Lelaki Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 2019.
Selain Allisson, adiknya Muriel juga merupakan penjaga gol untuk pasukan Brazil, Fluminense.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#mati lemas
#empangan
#tiada unsur jenayah
#kediaman percutian
#Jose Becker
#Alisson Becker
#Cacapava do Sul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan