awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa pijak, acu pisau terhadap anak kecil kena penjara 22 tahun

Petrus Bernard
Petrus Bernard
27/04/2021
12:34 MYT
Bapa pijak, acu pisau terhadap anak kecil kena penjara 22 tahun
Nasir Basir, 26, yang juga warga Indonesia terdahulu membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara 22 tahun selepas didapati bersalah mendera dua anak kandungnya, di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.
Nasir Basir, 26, yang juga warga Indonesia terdahulu membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuan dan lelakinya yang masing-masing berusia lima serta tiga tahun di rumah pekerja, Ladang Giram Divisyen Ulu Balung, Jalan Tawau-Kunak pada jam 3 petang, 13 April 2021.
Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kershanathan Pathmanathan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
BACA: Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak
BACA: Kes pijak, ugut bunuh anak: Polis tangkap bapa, selamatkan 2 kanak-kanak
Terdahulu, tertuduh dalam rayuan mengurangkan hukuman, berkata ketika kejadian itu dia dalam keadaan tertekan kerana masalah rumah tangga dan berbuat demikian untuk meminta isterinya pulang ke rumah.
Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun bagi setiap pertuduhan dan dijalankan secara berasingan.
Sebelum ini, media melaporkan rakaman tertuduh memijak sambil mengacukan pisau pada dua kanak-kanak itu menjadi tular di media sosial pada 13 April dan menimbulkan kemarahan ramai, seterusnya menyebabkan dia ditangkap di Kampung Andun Jalan Kabogan, Semporna keesokan harinya.
Dera anak | Lelaki dipenjara 22 tahun
Topic Berkaitan
#dera
#pijak
#acu pisau
#anak sendiri
#Tawau
#buruh
#bapa
#dihukum penjara
#22 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan