ALOR SETAR: Seorang bapa merayu anak perempuannya yang berusia 14 tahun yang dipercayai menghilangkan diri sejak dua hari lepas untuk pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.
Sofan Feroza Mat Yusop, 45, berkata, anaknya, Sofea Auni Adilah telah keluar dari rumah bekas isterinya di Bandar Amanjaya, Sungai Petani kira-kira pukul 8.30 malam pada Selasa lepas.
"Anak saya dihantar ke rumah ibunya untuk menghabiskan cuti persekolahan dan tiada sebarang masalah atau perubahan tingkah laku yang berlaku. Kami sekeluarga baru pulang bercuti dari Thailand dan menyambut ulang tahun kelahirannya beberapa hari sebelum dia hilang.
"Saya menerima panggilan telefon dari bekas isteri yang memaklumkan bahawa anak tiada di rumah kira-kira pukul 8.50 malam sebelum bergegas ke Sungai Petani dari Alor Setar untuk mencari anak bersama bekas isteri," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, dia telah meminta bekas isterinya untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada pukul 2 pagi selepas panggilan yang dibuat ke telefon digunakan anaknya tidak berjawab.
"Kami sangat bimbang dengan keselamatan Sofea yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Saya juga tidak dapat tidur lena dan tiada selera makan sejak kehilangannya.
"Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak anak saya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Convents Alor Setar itu boleh menghubungi talian 019-5007303," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Sofan Feroza merayu anak perempuannya yang berusia 14 tahun, Sofea Auni Adilah (gambar) untuk pulang ke pangkuan keluarga dengan segera. - Foto BERNAMA
WEF: Mendasari geopolitik, mencari keterangkuman
Editor Kanan Niaga AWANI, Najib Aroff membawakan rangkuman Mesyuarat Khas WEF yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi bersama Pengarah Strategi, KRA Group, Amir Fareed Rahim.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Bapa rayu anak perempuan 14 tahun pulang ke pangkuan keluarga
Sofea Auni Adilah telah keluar dari rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani kira-kira pukul 8.30 malam pada Selasa lepas.