TEMERLOH: "Tiada perubahan sikap yang ketara, cuma menjelang Ramadan ni, dia sudah mengemas dan cat bilik, malah sudah juga beli perabot baharu. Tapi nak buat macam mana, kena reda."
Itu luahan pemilik bengkel besi, Hasrul Ibrahim, 42, yang kehilangan anaknya, Haikal Aiman, 21, yang meninggal dunia akibat nahas di Jalan Temerloh-Bahau, pada Rabu.
Menurut Hasrul, anak sulung daripada empat beradik itu, yang lebih mesra dengan panggilan Along, ialah seorang yang periang dan merupakan anak harapan keluarga yang bakal mewarisi perniagaan bengkel besi yang diusahakannya sejak 15 tahun lalu.
Menceritakan detik duka yang menimpa anak kesayangannya itu, Hasrul berkata ketika kejadian, arwah baru selesai menjemput adiknya di sebuah terminal bas.
"Dia (Haikal Aiman) dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Rentam selepas menjemput adiknya, Hanis Adila, 19 (anak ke-2) yang balik bercuti dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Jitra, Kedah di Terminal Bas Temerloh, pagi tadi (Rabu).
"Sepatutnya saya yang jemput anak perempuan saya, tapi Along beria-ia mahu menjemputnya.
"Cuma, saya ada telefon adiknya untuk tengok-tengokkan Along kalau-kalau dia mengantuk," ujarnya.
Jelasnya, Haikal Aiman yang juga merupakan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) APM Bera, telah keluar rumah menjemput adiknya itu selepas solat subuh.
Namun, beberapa jam kemudian, Hasrul menerima panggilan daripada Hospital Bera memaklumkan tentang kejadian yang menimpa anaknya itu.
Katanya, dia segera ke lokasi untuk melihat keadaan Haikal Aiman, namun yang tinggal hanyalah sekujur tubuh anaknya yang sudah tidak bernyawa akibat tersepit dalam kemalangan itu.
"Adiknya dihantar ke Hospital Bera untuk rawatan. Sementara, Along terpaksa dikeluarkan oleh pasukan Bomba.
"Saya sedih namun reda dengan apa yang berlaku walaupun kejadian ini berlaku menjelang Ramadan," tambahnya lagi.
Sementara itu, rakan mangsa, Wan Muhammad Ridhuan Abdullah, 22, berkata, dia tidak menyangka sahabat karibnya itu 'pergi' sehari sebelum Ramadan.
Katanya, dia terkejut dan tergamam mendengar perkhabaran itu sedangkan kali terakhir mereka berjumpa pada malam Selasa.
"Kami lepak bersama malam tadi, tapi tak sangka pula dia 'pergi' meninggalkan kami.
"Saya betul-betul terasa kehilangannya, dan semestinya saya kehilangan seorang sahabat baik.
"Kalau ikutkan, ke mana saja saya pergi, kami akan bersama. Tapi pelik juga, dia tak ajak saya pun untuk jemput adiknya.
"Seolah-olah satu petanda, dalam tiga bulan lepas, arwah ajak saya untuk beli insuran.
"Dia beritahu, kalau ada insuran, sekiranya terjadi apa-apa pada keluarga, ada sesuatu yang ditinggalkan untuk mereka," katanya lagi.
Selain itu, arwah juga pernah menyatakan hasrat untuk membeli kereta baharu dan menyimpan duit untuk berkahwin.
Haikal Aiman meninggal dunia setelah terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan iaitu Honda CRV dan lori jenis Isuzu di Kilometer (KM) 24 Jalan Temerloh-Bahau, dekat Kampung Mengkarak, di Bera, pada Rabu.
Berdasarkan siasatan awal polis, mangsa dari arah Temerloh menghala ke Kerayong telah cuba memotong sebuah kenderaan, namun bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Akibat perlanggaran itu, kereta dipandu mangsa berpusing dan melintang di laluan bertentangan, manakala lori tersebut terbalik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Azee Shafy
Wed Mar 22 2023
Nahas di Jalan Temerloh-Bahau yang meragut nyawa Haikal Aiman. -Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Bapa reda pemergian anak terlibat nahas menjelang Ramadan
Menceritakan detik duka yang menimpa anak kesayangannya itu, Hasrul berkata ketika kejadian, arwah baru selesai menjemput adiknya di sebuah terminal bas.