awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tikam bayi berusia 18 bulan dihukum penjara 10 tahun

Fareez Azman
Fareez Azman
17/12/2020
06:33 MYT
Bapa tikam bayi berusia 18 bulan dihukum penjara 10 tahun
Gambar ketika suspek Muhammad Safwan Shafie ditahan oleh polis pada Ahad lalu.
KUALA LUMPUR:Seorang bapa yang menikam perut bayi perempuannya berusia 18 bulan pada Ahad lalu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
Muhammad Safwan Shafie, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.
Ketika prosiding dilakukan, Muhammad Safwan menangis sebaik gambar mangsa ditunjukkan oleh polis mahkamah atas tujuan pengecaman.
Dia didapati bersalah menikam perut bayi perempuannya di sebuah rumah di Puchong pada 12 Disember lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun.
Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang Ahad itu, bayi perempuan itu parah selepas ditikam suspek.
Polis berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong roti disyaki digunakan untuk menikam mangsa.
Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Sehingga kini, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Mangsa kini dalam jagaan ibu kandungnya dan ibu bapa suspek. BACA: Bayi 18 bulan parah ditikam
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Puchong
#Petaling Jaya
#Mahkamah Sesyen
#suspek
#tikam bayi
#mangsa
#mengaku bersalah
#penjara
#hakim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan