awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 18 bulan parah ditikam bapa

Sinar Harian
Sinar Harian
12/12/2020
23:01 MYT
Bayi 18 bulan parah ditikam bapa
Gambar tular dipercayai suspek ketika ditahan. -Foto Sinar Harian
SUBANG JAYA:Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan parah akibat ditikam bapanya di sebuah rumah di Puchong Permai di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata kejadian pada jam 4 petang itu berlaku ketika suspek berusia 27 tahun bersama anaknya berada di rumah.
"Suspek dikatakan telah mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam perut anak perempuannya itu.
"Sepasukan polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang disyaki digunakan untuk menikam mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abd Khalid berkata, ujian saringan awal air kencing akan dilakukan ke atas suspek bagi memeriksa sama ada dia positif dadah atau sebaliknya.
"Mangsa di hantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.
Topic Berkaitan
#bayi parah
#ditikam bapa
#Puchong Permai
#Abd Khalid Othman
#mengamuk
#ujian saringan
#positif dadah
#pisau pemotong roti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan