KOTA BHARU: "Saya tinggal sehelai sepinggang apabila semua baju dan barang peribadi saya, termasuklah barang-barang bayi yang akan dilahirkan tidak lama lagi semuanya hangus," luah seorang mangsa kebakaran rumah kedai di Jalan Sultanah Zainab di sini pada Selasa.
BACA: 10 rumah, empat rumah kedai musnah terbakar
Dalam kejadian jam 7.22 malam itu, Marisa Makhtar, 31, yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu sedang sarat mengandung anak ketiga yang bakal dilahirkan pada hujung November ini baru selesai memandikan dua anaknya.
Dia terkejut apabila melihat tiga buah rumah berdekatan dengan rumahnya sedang terbakar.
"Saya, suami dan dua anak keluar meninggalkan rumah. Tiada apa yang sempat kami bawa, termasuklah barang-barang penting kami. Apa yang penting kami sempat selamatkan diri.
"Luluh hati saya memikirkan keadaan kami yang sehelai sepinggang ini, namun saya reda.
"Malam ini kami terpaksa tumpang tidur di masjid berhampiran ini dahulu," katanya.
Seorang lagi mangsa yang juga pemilik kedai elektronik, Lim Meng Ann, 50, memberitahu, dia terkejut apabila pulang dari kerja dan isteri memberitahu sebuah rumah di belakang rumah kedai mereka sedang terbakar.
Katanya, ketika itu isterinya sedang menyiapkan makan malam dan menunggu untuk makan bersama.
"Saya baru balik baiki barang elektronik di rumah kawan. Tiba-tiba isteri beritahu nampak rumah belakang cerah.
"Saya pun tengoklah, rupanya 'cerah' tu adalah cahaya api yang sedang marak.
"Saya jerit suruh seorang anak dan isteri saya keluar rumah. Masa itu saya telefon bomba untuk maklumkan sebab api memang marak dengan cepat. Lagipun memang kawasan kediaman ini dekat-dekat.
"Rumah kedai saya pula menyimpan lebih 50 barangan elektronik seperti televisyen, mesin basuh dan sebagainya.
"Semuanya orang hantar suruh baiki. Saya nak buat macam mana," katanya.
Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri dengan memberikan sumbangan kecemasan melalui Bantuan Segera Bencana yang disampaikan secara terus kepada mangsa yang terlibat.
Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi yang hadir ke lokasi kejadian.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 09 2021
Kejadian kebakaran memusnahkan empat buah rumah kedai dan 10 kediaman. (Gambar kecil: Marisa)
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata dia terkejut dengan kejadian itu setelah menghuni di rumah berkenaan sejak lahir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.
Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia
Lelaki yang sanggup bergadai nyawa meredah api menyelamatkan keluarga jirannya dalam kebakaran rumah di Taman Merinding, di sini pada Khamis, disahkan meninggal dunia.
Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan
Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah kini terlantar kesakitan dan melalui fasa pemulihan yang memeritkan.
Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.
PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau
Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Anwar dan Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.
Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.
Jeritan jiran selamatkan nyawa 17 penghuni
Jeritan seorang jiran berjaya menyelamatkan nyawa 17 penduduk dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kampung Pemuda Jaya, Jalan Seelong-Senai di sini terbakar pada Isnin.