awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona terpaksa lepaskan khidmat Messi

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2021
22:30 MYT
Barcelona terpaksa lepaskan khidmat Messi
Reaksi Lionel Messi selepas menjaringkan gol untuk pasukannya ketika perlawanan Liga Juara-juara antara Barcelona dan Manchester United di Stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 16 April, 2019. (Foto AP)
BARCELONA mengesahkan penyerang sensasi Lionel Messi tidak lagi bersama kelab itu.
Kelab itu mengakui, khidmat pemenang enam kali Ballon d'Or itu terpaksa ditamatkan kerana kekangan kewangan dan masalah struktur.
"Walaupun Barcelona dan Lionel Messi telah mencapai persetujuan dan niat yang jelas untuk menandatangani kontrak baru hari ini, ia tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan dan struktur (peraturan La Liga).
"Disebabkan situasi ini, Messi tidak akan terus bermain untuk Barcelona. Kedua-dua pihak amat kesal kerana hasrat kedua-dua pemain dan kelab akhirnya tidak dapat dipenuhi," kata Barca dalam kenyataan pada Khamis.
Messi, 34 tahun, bebas dari kelab itu sejak 1 Julai lalu selepas kontraknya tamat.
Pada 14 Julai, beliau dilaporkan setuju dengan kontrak baharu, yang menyaksikan gajinya dikurangkan separuh. Namun, ia bergantung kepada kemampuan kewangan Barcelona.
Kelab Catalan itu perlu menjual pemain lain untuk membayar gaji Messi.
Bagaimanapun, percaturan itu gagal direalisasikan.
Kekangan yang dialami kelab ini adalah berpunca daripada peraturan yang ditetapkan La Liga Sepanyol.
Barcelona dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada Messi atas sumbangan yang diberikan selama 21 tahun bersama kelab itu
Sepanjang bersama Barca, Messi mencatat 672 gol dalam 778 penampilan pada semua pertandingan serta memenangi 31 kejuaraan utama.
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#barcelona
#kontrak
#gaji
#La Liga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan