Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026

Microsoft menghentikan sokongan penghantaran driver pencetak legasi melalui Windows Update bermula 15 Januari 2026, memberi kesan kepada driver jenis V3 dan V4 yang digunakan oleh pencetak lama. -Foto Amanz
PENGGUNA Windows 11 yang masih bergantung kepada mesin pencetak lama dijangka berdepan kesukaran memasang perisian pemandu selepas Microsoft menghentikan sokongan penghantaran driver pencetak legasi melalui Windows Update bermula 15 Januari 2026.
Ringkasan AI
- Microsoft menghentikan sokongan penghantaran driver pencetak legasi melalui Windows Update bermula 15 Januari 2026, memberi kesan kepada driver jenis V3 dan V4 yang digunakan oleh pencetak lama.
- Langkah ini diambil kerana driver lama diketahui mempunyai isu kestabilan dan risiko keselamatan, serta meningkatkan beban penyelenggaraan pada sistem cetakan Windows.
- Walaupun penghantaran driver dihentikan, pengguna masih boleh memasang driver secara manual melalui laman pengeluar.
Syarikat itu memaklumkan bahawa majoriti pengguna tidak terjejas kerana pencetak moden sudah menggunakan senibina pemandu yang lebih baharu dan serasi dengan Windows 11.
Walaupun penghantaran driver dihentikan, Microsoft berkata pencetak legasi masih boleh berfungsi sekiranya pemilik memasang driver secara manual melalui laman pengeluar.
Namun, pemasangan automatik melalui Windows Update tidak lagi tersedia dan proses ini akan menjadi lebih mencabar bagi pengguna peranti lama.
Penghentian ini bukan dilakukan serta‑merta, sebaliknya telah diumumkan sejak September 2023 bagi memberi ruang kepada pengeluar dan pengguna membuat persediaan.
Pelan peralihan turut menetapkan bahawa mulai 1 Julai 2026, Windows akan mengutamakan IPP Class Driver, dan selepas 1 Julai 2027, kemas kini pihak ketiga melalui Windows Update hanya dibenarkan untuk tujuan keselamatan.
Dengan sokongan platform moden, Windows 11 membolehkan banyak pencetak berfungsi tanpa pemilik memasang driver khusus, sekali gus menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan selamat. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Microsoft menghentikan sokongan penghantaran driver pencetak legasi melalui Windows Update? A: Microsoft menghentikan sokongan itu kerana driver lama diketahui mempunyai isu kestabilan, risiko keselamatan, dan meningkatkan beban penyelenggaraan pada sistem cetakan Windows.
- Q: Bagaimana langkah yang perlu diambil oleh pengguna pencetak lama selepas penghentian penghantaran driver? A: Pengguna masih boleh memasang driver secara manual melalui laman pengeluar setelah penghentian penghantaran driver secara automatik melalui Windows Update.
- Q: Apa kesan penghentian penghantaran driver pencetak legasi kepada pengguna Windows 11? A: Pengguna Windows 11 yang bergantung kepada mesin pencetak lama mungkin berdepan kesukaran memasang perisian pemandu selepas penghentian penghantaran driver pencetak legasi melalui Windows Update.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

