awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barisan Jemaah Menteri diumum petang ini - Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/12/2022
06:49 MYT
Barisan Jemaah Menteri diumum petang ini - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai Menteri Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir kerajaan pada Jumaat petang. - Gambar fail
IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai Menteri Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir kerajaan petang ini.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap selepas menyertai program Solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Ipoh, hari ini.
Menurutnya, sebaik Jemaah Menteri sudah disusun, beliau akan memanggil kesemua menteri tersebut untuk menghadiri mesyuarat khas pada Isnin ini.
“Saya akan panggil mesyuarat khas hari Isnin ini juga untuk menetapkan beberapa peraturan bagi Jemaah Menteri, cara mereka mengurus kementerian, cara mereka berdamping dan bekerjasama dengan penjawat awam. [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan PM ke-10
“Cara mereka melakukan pengumuman dasar dan cara jimat, sebagai contoh, untuk tidak membelanjakan lebih daripada yang sepatutnya.
DAPATKAN LIPUTAN KERAJAAN PERPADUAN DI LAMAN MIKRO INI
“Tujuan kita adalah pembangunan ekonomi. Saya bersyukur kerana kita sudah memperoleh keyakinan pelabur antarabangsa dan dalam negara. Kita lihat sebagai contoh, Ringgit sudah semakin kuat,” katanya.
Dalam ucapan sama, beliau sekali lagi menegaskan, tidak mahu melantik ramai menteri dan duta bertaraf menteri dalam barisan Kabinetnya.
Pantau Kerajaan Baharu | Saranan Untuk Kerajaan
“Kita nak jimatkan wang dan dana supaya dapat pulangkan balik kepada rakyat.
Pantau Kerajaan Baharu | Menjamin Kabinet yang bersih, berintegriti & cekap
“Saya telah ambil keputusan dan persembahkan kepada Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) dan Insya-Allah saya akan umumkan barisan Jemaah Menteri lewat petang ini,” ujarnya.
Pada 24 November lepas, Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#barisan kabinet
#jemaah menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan