awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
Kes rasuah pegawai TLDM: SPRM beku 21 akaun bank, sita dua hotel RM2 juta
Keberkesanan amaran bencana, pendakwaan syariah antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru hendak mula berniaga, penjual daging maut ditetak

Hakim Rahman
Hakim Rahman
31/08/2017
09:05 MYT
Baru hendak mula berniaga, penjual daging maut ditetak
Suspek berjaya ditahan dan turut merampas sebilah parang panjang serta motosikal dan kereta milik mangsa. - PDRM
Seorang penjual daging maut ditetak dengan parang ketika hendak memulakan perniagaannya Di Felda Chemplak, Labis, di sini.
Dalam kejadian 7.30 pagi tadi, mangsa Ahmad Radzi Jamaludin, 40, maut akibat kecederaan parah di leher dan tangan kiri.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Raub Selamat berkata mangsa didatangi suspek yang menaiki motosikal dan terus menetak leher mangsa.
“Suspek terus menuju ke arah belakang mangsa dan menetak leher kiri mangsa.
“Pada masa yang sama, mangsa telah cuba menahan tetakan dengan menggunakan tangan kiri mengakibatkan leher sebelah kiri dan tangan kiri mangsa terkulai,” katanya dalam kenyataan.
Senjata yang digunakan suspek untuk menetak mangsa. - PDRM
Senjata yang digunakan suspek untuk menetak mangsa. - PDRM
Adik ipar mangsa yang yang berada di tempat kejadian kemudian membawa mangsa ke klinik berhampiran sebelum disahkan maut.
Tambah Raub, suspek berjaya ditahan dan turut merampas sebilah parang panjang serta motosikal dan kereta milik mangsa.
Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#jenayah
#PDRM
#penjual daging
#polis
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan