awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru menang beberapa hari, Altimet dah terima pelbagai aduan rakyat

Gempak
Gempak
14/08/2023
01:00 MYT
Baru menang beberapa hari, Altimet dah terima pelbagai aduan rakyat
Altimet menang di kerusi DUN Lembah Jayadengan majoriti 6,678 undipada PRN Selangor, 12 Ogos lalu. - Foto Astro GEMPAK
TIDAK sampai tiga hari memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Altimet sudah pun menerima pelbagai permintaan daripada rakyat.
Menerusi laman X, beberapa hantaran telah dibalas oleh Altimet, antaranya, pertanyaan tentang masalah air yang berlaku di Taman Kosas, Ampang.
“Taman Kosas tiada air, kasi adjust sikit,” tulis seorang pengikutnya.
Altimet kemudian membalas: “Maklum, sedang kerjasama dengan pegawai Air Selangor untuk Taman Kosas,” katanya.
Maklum. Sdg kerjasama dgn pegawai Air Selangor utk Tmn Kosas. https://t.co/1D5lnP5zXh
— Altimet.eth (@altimet) August 13, 2023
Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pengguna platform X agar kekerapan bas awam ditambah.
“Tolong tambah baik frequency bas RapidKL untuk laluan Lembah Jaya Utara. Amat-amat diperlukan,” kata individu berkenaan.
Siap. Diusahakan. https://t.co/TDkQlQfwzs pic.twitter.com/BV3oo3JsCQ
— Altimet.eth (@altimet) August 13, 2023
Altimet membalas hantaran tersebut dengan berkata: “Siap. Diusahakan,” katanya.
BACA: PRN: 'Terima kasih pengundi Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet
Sebelum ini, media tempatan melaporkan yang Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 45, sedang membuat perancangan, mengumpul maklumat dan menyusun atur semula pasukan untuk bersiap sedia bekerja selepas majlis angkat sumpah sebagai wakil rakyat nanti.
Altimet menawan kerusi itu dengan memperoleh 26,298 undian menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,620 undi.
Menerusi kemenangan tersebut, Altimet menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Dira Abu Zahar.
Topic Berkaitan
#Altimet
#aduan rakyat
#PRN
#ADUN Lembah Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan