awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru sebulan bebas, bekas banduan ditahan bersama 48,000 pil yaba

Bernama
Bernama
01/06/2022
11:33 MYT
Baru sebulan bebas, bekas banduan ditahan bersama 48,000 pil yaba
Semasa ditahan, polis merampas sebuah beg galas yang mengandungi 48,000 biji pil yaba bernilai RM480,000. Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lebih 14 tahun di Penjara Songkhla, Thailand ditahan bersama 48,000 biji pil yaba bernilai RM480,000 di Kampung Dangar, Pasir Mas dekat sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek berusia 42 tahun ditahan di tepi jalan di hadapan sebuah sekolah pada 5.30 petang, dan semasa ditahan, polis merampas sebuah beg galas yang mengandungi 48,000 biji pil yaba bernilai RM480,000.
"Suspek dalam kes ini merupakan seorang bekas banduan yang pernah dipenjarakan di Penjara Songkhla, Thailand selama 14 tahun tiga bulan dan baru dibebaskan pada 27 April lepas," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata susulan penahanan itu, polis seorang lagi lelaki yang disyaki tokan dadah berusia 35 tahun di Kampung Keroh Bayu Lalang, Pasir Mas.
"Suspek didapati positif methamphetamine, dan polis turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream bernilai RM40,000," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas banduan
#yaba
#Dadah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan