awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas bawa muatan empat motosikal hangus terbakar di Alor Gajah

Raffi Bachik
Raffi Bachik
16/05/2016
01:00 MYT
Bas bawa muatan empat motosikal hangus terbakar di Alor Gajah
Kebakaran itu turut mengakibatkan kesesakan trafik lebih empat kilometer. - Foto Astro AWANI
Sebuah bas persiaran dua tingkat yang membawa muatan empat motosikal pelbagai jenis hangus terbakar di kilometer 209.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Alor Gajah, Melaka malam tadi.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 malam itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bersama kekuatan 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan pada jam 7.53 malam.
Menurut, Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Melaka, Kamarulzaman Mohd Din, ketika kejadian bas yang sedang menghala ke selatan itu turut dinaiki lapan penumpang.
Bagaimanapun kesemua penumpang termasuk pemandu bas terselamat.
Api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.
Api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian. - Foto Astro AWANI
Difahamkan sebelum kejadian bas terbabit terbakar, saksi mendengar beberapa kali letupan kecil sebelum api marak dan menyebabkan bas terbakar sepenuhnya.
Selain itu, kebakaran itu turut mengakibatkan kesesakan trafik lebih empat kilometer.
Api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.
Punca kejadian sedang disiasat.
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#bas persiaran
#kebakaran
#Lebuhraya PLUS
#Melaka
#motor terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan