Sembilan pekerja kilang cedera parah termasuk dua daripadanya kritikal apabila sebuah bas yang membawa 45 pekerja kilang merempuh jejambat di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang pagi tadi.
Kemalangan pada jam 5.45 pagi itu menyebabkan keseluruhan bumbung bas kilang itu tercabut manakala pemandu serta penumpang yang kesemuanya terdiri daripada rakyat Indonesia tersepit di dalam bas berkenaan.
Pengarah Hospital Pulau Pinang (HPP), Dr Sukumar Mahesan dalam kenyataannya pada Selasa berkata 46 orang termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian itu dan mangsa pertama tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma, HPP, pada 7 pagi.
Dua pekerja kilang yang kritikal dan tujuh yang cedera parah itu kini dirawat di HPP.
Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohizad Yusof berkata pihaknya mengambil masa kurang 30 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.
Beliau berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan mengalami masalah brek menyebabkan pemandunya bertindak melencongkan kenderaan itu dari laluan utama sejauh 150 meter sebelum melanggar jejambat yang sedang dalam pembinaan.
Difahamkan kebanyakan penumpang bas itu sedang tidur ketika kejadian.
Punca sebenar kejadian bagaimanapun kini sedang disiasat.
Astro Awani
Tue Mar 10 2015
Difahamkan kebanyakan penumpang bas itu sedang tidur ketika kejadian. - Foto Astro AWANI
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Bas kilang rempuh jejambat, dua kritikal, 7 parah
Sembilan pekerja kilang cedera parah termasuk dua daripadanya kritikal apabila sebuah bas yang membawa 45 pekerja kilang merempuh jejambat di lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pagi tadi.