awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Basmi kemiskinan, kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah - Rafizi

Bernama
Bernama
13/09/2023
15:02 MYT
Basmi kemiskinan, kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah - Rafizi
Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata kerajaan sedang melabur dalam infrastruktur bagi mewujudkan program menjana pendapatan yang lestari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri 'Power Chat' Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan melancarkan Persidangan Usahawan Cina Dunia Ke-17 (WCEC) di sini hari, Rafizi berkata infrastruktur bukan sekadar 'alat' atau 'instrumen' malah ia adalah aset yang menjana pendapatan bagi peserta atau penerima daripada keluarga berpendapatan rendah.
Rafizi berkata sebaik sahaja terdapat kemajuan pada usaha meningkatkan tahap pendapatan isi rumah, sebahagian faktor yang diambil kira dalam indeks kemiskinan multidimensi akan bertambah baik, sebagai contoh, akses kepada Internet dan penjagaan kesihatan.
"Apabila tahap pendapatan meningkat, kualiti hidup turut meningkat, jadi fokus pada meningkatkan tahap pendapatan.
"Dengan pendapatan yang lebih baik, mereka boleh menangani kos sara hidup dengan lebih baik dan mampu mempunyai akses kepada semua ciri indeks kemiskinan muldimensi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basmi kemiskinan
#pendapatan isi rumah
#ekonomi
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan