awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BATC medan uji kecergasan Tze Yong

Bernama
Bernama
12/02/2024
06:45 MYT
BATC medan uji kecergasan Tze Yong
Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Hendrawan seolah-olah "memberi bayangan" Tze Yong akan dipilih barisan kejurulatihan untuk diturunkan pada perlawanan pertama esok. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, esok.
Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Hendrawan seolah-olah "memberi bayangan" pemain ranking ke-15 dunia berkenaan akan dipilih barisan kejurulatihan untuk diturunkan pada perlawanan pertama itu.
"Persiapan semua pemain baik, namun mungkin Tze Yong lebih istimewa kerana ini kejohanan pertama selepas kecederaan. Tze Yong nampak baik semasa latihan walaupun belum 100 peratus (cergas).
" ... jadi kalau nak lihat dia cergas, kena tengok dalam perlawanan pertama nanti pasti akan nampak," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Hendrawan turut mengakui menjadi juara kumpulan B pastinya memberi kelebihan kepada negara dalam undian peringkat suku akhir perlawanan.
Sementara itu, Tze Yong mengakui teruja untuk beraksi dalam BATC 2024 selepas melalui proses pemulihan selama sebulan tanpa menyertai mana-mana kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Beliau berharap kehadirannya pada edisi ini sebagai pemain lebih pengalaman mampu membantu untuk menyumbang mata berharga buat pasukan Malaysia.
"Saya mahu main semua perlawanan kalau keadaan badan saya baik. Tiada siapa yang mahu kalah jadi saya mahu sumbang satu mata kerana setiap mata sangat penting," katanya.
Tze Yong terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia ketika ketinggalan 8-12 dalam set pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun pada Januari.
Pada edisi kali ini, Malaysia yang turun sebagai juara bertahan kategori berpasukan lelaki diundi bersama Brunei, Kazakhstan dan Taiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#Kejohanan Badminton Berpasukan Asia
#BATC
#menentang Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan