KUCHING: Suriayani Wahap, 55, tidak mahu menjadikan usianya sebagai penghalang untuk beliau mula menceburkan diri dalam menghasilkan kraf tangan batik ikat celup dan 'ecoprint' yang mampu membantu meningkatkan ekonomi keluarganya.
Mengakui berminat mendalami seni itu, Suriayani, dari Kampung Santubong yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pusat bandar raya Kuching, yakin hasil jualan kraf seperti baju atau beg bercorak batik ikat celup atau menggunakan teknik ecoprint dapat menambah pendapatan keluarganya yang kini hanya bergantung kepada pendapatan suaminya dengan bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan inap desa.
"Saya ada juga menjual ikan masin secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga tetapi tidak seberapa, jadi ini mendorong saya untuk belajar membuat baju atau beg bercorak batik ikat celup.
"Tidak ramai yang menjual produk seperti ini dan difahamkan sekarang terdapat banyak permintaan, jadi saya inginkan peluang untuk menceburkan diri dalam bidang yang baharu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Suriayani berkata perancangan awalnya adalah menghasilkan produk batik yang mempunyai motif corak tersendiri untuk dijual kepada pelancong yang datang melawat kampungnya selain dipasarkan di inap desa serta penduduk setempat.
Suriayani merupakan antara 50 peserta kursus Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf yang diadakan di Kampung Santubong bermula 12 hingga 14 Nov lepas, bagi memberi pendedahan dan membangunkan kemahiran peserta dalam penghasilan produk kraf yang menarik serta berkualiti untuk dipasarkan bagi menjana pendapatan.
Kursus tersebut adalah sebahagian daripada Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) dan inisiatif kerjasama kerajaan Sarawak dan Persekutuan yang memberi manfaat besar selain berjaya membantu lebih 443 komuniti setempat dalam industri kraf tangan di seluruh negeri itu.
Seorang lagi penduduk kampung itu yang menyertai kursus berkenaan, Abdul Rasid Bujang, 55, juga melihat hasil seni kraf tangan tersebut berpotensi dipasarkan hingga ke peringkat antarabangsa.
Menurut Abdul Rasid, beliau melihat ia satu peluang perniagaan hasil inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat tempatan menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.
"Kursus percuma ini sebagai satu permulaan kepada kami untuk mempelajari kemahiran membuat kraf tangan. Secara tidak langsung kemahiran yang ada ini akan turut membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda yang berminat," katanya.
Suriayani dan Abdul Rasid turut senada bahawa kraf tangan batik ikat celup mampu menjadi tarikan pelancongan di kawasan Santubong dengan corak yang mempunyai identiti tersendiri.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan melalui kementeriannya giat bekerjasama dengan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai insentif seperti Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi bagi membantu usahawan kraf di seluruh negara.
Beliau berkata program yang dilaksanakan seperti memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan teknik, bahan dan proses melakukan celupan dalam menghasilkan kraftangan dapat menggalakkan penduduk setempat aktif dengan aktiviti kraf sekali gus menjana pendapatan keluarga.
"Pelbagai inisiatif yang kita lakukan untuk merancakkan industri kraf tangan batik terutama yang kita laksanakan di negeri ini diharap dapat menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan yang kita tawarkan di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya giat bekerjasama dengan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai insentif bagi membantu usahawan kraf di seluruh negara. - Facebook Kraftangan Malaysia
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Batik ikat celup bakal jadi sumber pendapatan baharu di Santubong
Suriayani Wahap, 55, tidak mahu menjadikan usianya sebagai penghalang untuk beliau mula menceburkan diri dalam menghasilkan kraf tangan batik ikat celup.