awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu tunggul ikonik Bako runtuh jangan dipolitikkan - Abdul Karim

Bernama
Bernama
14/02/2024
22:00 MYT
Batu tunggul ikonik Bako runtuh jangan dipolitikkan - Abdul Karim
Kejadian ombak besar baru-baru ini adalah kemuncak yang menyebabkan keruntuhan itu, susulan daripada hakisan yang berlaku sejak berjuta tahun di pantai Sarawak. - Foto Sarawak Forestry
KUCHING: Batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako yang dikenali sebagai 'The Cobra Head Sea Stack' yang runtuh semalam tidak harus dipolitikkan.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana perkara itu merupakan fenomena alam yang tidak boleh dielakkan.
"Saya baca terdapat komen oleh pihak tertentu yang mengatakan kerajaan tidak mengambil langkah untuk mengatasi perkara tersebut, takkanlah kita nak melawan ketentuan Tuhan.
"Tidak dinafikan rata-rata rakyat menyatakan rasa sedih apabila khazanah yang berusia lebih 100 tahun itu telah hilang buat selama-lamanya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Michael Kong Feng Nian iaitu Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, yang mempersoalkan usaha diambil kerajaan bagi memelihara khazanah alam berharga itu.
Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini memaklumkan batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako itu runtuh berkemungkinan besar disebabkan kejadian ombak besar.
Menurut SFC kejadian ombak besar baru-baru ini adalah kemuncak yang menyebabkan keruntuhan itu, susulan daripada hakisan yang berlaku sejak berjuta tahun di pantai Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atu tunggul ikonik
#Taman Negara Bako
#runtuh
#Abdul Karim Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan