awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako runtuh

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2024
14:31 MYT
Batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako runtuh
Selama ini formasi batu tunggul di Taman Negara Bako itu menjadi persinggahan wajib bagi pengunjung, dengan mengabadikan kenangan menerusi rakaman lensa kamera. - Foto: sarawakforestry.com
KUCHING: Objek batu tunggul berusia jutaan tahun, atau sea stack yang menjadi ikon Taman Negara Bako runtuh sekitar 24 jam yang lalu.
Kehilangan batu tersebut disedari oleh pemandu pelancong yang melintasi kawasan tersebut sekitar petang Selasa.
Bagaimanapun setakat ini Sarawak Forestry Corporation (SFC) belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden malang itu.
Menurut laporan portal berita TVS, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan tentang kejadian itu.
Abdul Karim berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Abang Arabi Abang Aimran pada Selasa.
Ia merupakan objek batu kedua yang runtuh akibat hakisan selepas Drinking Horse di Tudan, Miri pada Februari 2021.
Pulau Bako diangkat sebagai Taman Negara pada 1957 berkeluasan 27 kilometer.
Ia menjadi rumah kepada lebih 600 bunga, lebih 267 spesies hidupan liar termasuk monyet Belanda.
Selama ini formasi batu tunggul di Taman Negara Bako itu menjadi persinggahan wajib bagi pengunjung, dengan mengabadikan kenangan menerusi rakaman lensa kamera.
Topic Berkaitan
#Taman Negara Bako
#Sarawak
#sea stack
#batu tunggul
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan