KUALA LUMPUR: Baucar Buku Semarak Membaca yang bernilai RM10 setiap satu telah mula diedarkan di 168 buah kedai buku terpilih dan boleh ditebus mulai 21 Okt sehingga 15 Nov melalui sebuah kedai buku secara dalam talian di laman sesawang www.e-sentral.com.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam kenyataan berkata ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai semalam (25 Okt).
"Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi.
"Kedai buku terpilih ini adalah dibawah seliaan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dengan hanya 500 orang penerima baucar terawal di setiap kedai buku terpilih berpeluang meniikmati baucar diskaun ini," menurut kenyataan ini.
Inisiatif Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui PNM dengan kerjasama MABOPA dan disokong oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) serta MBA.
PNM berkata program berkenaan mampu memupuk Keluarga Malaysia dalam membudayakan amalan membaca serta dapat meringankan beban rakyat untuk membeli buku dan ia juga sebagai langkah kerajaan membantu merancak serta memulihkan semula industri buku tempatan.
Selain manfaat potongan diskaun, penerima baucar secara automatik akan berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan berpeluang menikmati akses kepada bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa sahaja.
Segala maklumat lanjut mengenai promosi baucar buku dan senarai kedai-kedai buku yang terlibat dalam inisiatif ini boleh dilayari melalui laman sesawang www.semarakmembaca.com.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
PNM berkata Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca mampu memupuk Keluarga Malaysia dalam membudayakan amalan membaca serta dapat meringankan beban rakyat untuk membeli buku. - Gambar fail/BERNAMA
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Baucar Buku Semarak Membaca boleh ditebus mulai 21 Okt hingga 15 Nov - PNM
Ia disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku terpilih mulai semalam (25 Okt).
Kaedah pemberian baucar mampu ringankan beban rakyat terkesan - Pakar
Kaedah pemberian baucar perlu diketengahkan semula dalam membantu meringankan beban rakyat ketika pandemik COVID-19.
Kerajaan akan senarai hitam pelajar, kedai buku salah guna BB1M
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan mana-mana pelajar dan kedai buku yang didapati menyalahgunakan BB1M.
Najib syukur baucar buku beri manfaat kepada pelajar
Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana pemberian Baucar Buku 1Malaysia dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar.
BAJET: Bantuan persekolahan RM100, baucar buku RM250 diteruskan
Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250.