"Kalau boleh saya mahu tutup aktiviti bauksit ini esok dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat ketelusan pegawai penguat kuasa," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad Razif yang tegas menangani isu tersebut berkata demikian berikutan masalah operasi bauksit yang masih gagal ditangani.
"Saya cukup hairan bila penguatkuasaan dilakukan 24 jam tetapi masalah ini tak dapat diselesaikan dan ada tempat simpanan sementara yang dikesan di atas tanah milik kerajaan. Kami tak pernah benarkan perlombongan bauksit di Terengganu, kenapa tindakan tidak diambil oleh pegawai? Adakah mereka cuai dalam melakukan tugas?.
"Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan penguatkuasa yang tidak ada integriti yang menjadi tali barut pengusaha bauksit dan saya minta SPRM siasat dan tangkap mana-mana pegawai mahupun penguat kuasa yang terlibat," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Felda Neram 1 yang terjejas akibat aktiviti bauksit di sini, hari ini.
Ahmad Razif berkata siasatan yang boleh dilakukan SPRM termasuklah ketirisan maklumat operasi serta integriti penguatkuasa dan pegawai samaada yang disogok wang oleh pengusaha bauksit.
Ahmad Razif berkata pihaknya juga mahu Konsortium Perkapalan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) di bawah Terengganu Incorporated untuk merujuk kepada penasihat undang-undang bagi menghentikan operasi mengeksport bauksit di Pelabuhan Kemaman.
"Saya nak KPKSB dan Terengganu Incorporated dapatkan nasihat undang-undang supaya aktiviti eksport ini dapat dihentikan segera dan kalau boleh esok pun kami nak tutup aktiviti bauksit melalui pelabuhan ini sebab ia menyusahkan banyak pihak terutamanya penduduk di daerah ini.
"Saya juga mahu Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu supaya menghantar surat bantahan kepada PTG Pahang yang mengeluarkan surat bagi membenarkan pengusaha bauksit melalui jalan di Felda Neram dari Bukit Goh, Pahang," katanya.
Ahmad Razif berkata, pihaknya mahu penguatkuasaan dan operasi bersepadu terus dilakukan oleh pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
"Sekarang ini, kami difahamkan kerajaan pusat melalui keputusan Kabinet telah mengeluarkan surat penangguhan terhadap pengusaha bauksit di Pahang supaya ditangguhkan selama tiga bulan untuk dikaji dan dilihat semula sama ada diputuskan untuk dihentikan," katanya.
Keluasan kawasan bauksit Terengganu ialah 9,935 ekar meliputi kawasan Neram, Jabor dan Perasing, ada di antaranya bauksit milik persendirian, tabung amanah warisan dan milik kerajaan.
Bernama
Sun Dec 27 2015
Keluasan kawasan bauksit Terengganu ialah 9,935 ekar meliputi kawasan Neram, Jabor dan Perasing, ada di antaranya bauksit milik persendirian, tabung amanah warisan dan milik kerajaan. - Gambar fail
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini